100 Pips Lonjakan Pada NZD/USD Awal Pagi Tadi, Potensi 100 Pips Lagi Kenaikan Lebih Tinggi?

369

Matawang dolar New Zealand mengambil peluang untuk mengukuhkan nilai dagangannya barbanding USD selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi telah melemahkan matawang Amerika tersebut.

Pengukuhan dolar NZD diteruskan lagi pada sesi pasaran Asia hari ini selepas data pertumbuhan GDP di New Zealand dikeluarkan pada awal pembukaan sesi. Kadar pertumbuhan GDP untuk suku tahun terakhir 2018 mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dengan angka 6.0% adalah menepati ramalan pasaran mengatasi bacaan yang menurun pada suku tahun sebelumnya iaitu pada kadar 0.3%.

Ini memberi isyarat bahawa kesihatan ekonomi di New Zealand berada pada tahap yang baik sekaligus memberi kelebihan terhadap dagangan Kiwi dalam pasaran semasa.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang NZD/USD pada dagangan semalam, harga telah mencatatkan hampir 100 pips kenaikan harga dari paras terendah sekitar 0.68280 sehingga ke paras tertinggi dicapai sekitar 0.69170.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini pula melihatkan haga yang dibuka tinggi dari paras Magic Pivot 0.6888 hari ini meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 0.6948 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika momentum lonjakan harga semalam masih dikekalkan, harga berpotensi mencapai 100 pips lagi kenaikan sehingga ke paras ketinggian terbaru sekitar 0.70200 berhampiran paras resistance MagicR3.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras RBS (resistance become support) pada 0.68700 bakal diuji harga. Penurunan yang berjaya diteruskan akan menguji pula paras RBS pada 0.68200 dan turun mencatatkan sekitar 100 pips penurunan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih jelas.

Paras support: 0.6858, 0.6797, 0.6767.

Paras resistance: 0.6948, 0.6978, 0.7038.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat