8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Disember 2023)

980

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (19 Disember 2023):

Mesyuarat Polisi BOJ (Sesi Asia) – Menjadi mesyuarat terakhir untuk tahun 2023, Bank of Japan dijangka akan masih terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10%. Petunjuk dari ucapan gabenor akan diperhatikan setelah terdapat isyarat sebelum ini untuk mengubah haluan dasar keluar dari fasa pelonggaran.

Data Inflasi Kanada (9.30 Malam) – Pemacu dalam penetapan dasar oleh bank pusat Kanada, data indeks harga pengguna menjadi kunci penting. Inflasi bulanan Kanada diramalkan menguncup untuk November, mencadangkan bank pusat untuk perlahankan pengetatan sebelum ini.

RABU (20 Disember 2023):

Data Inflasi UK (3.00 Petang) – Selepas bank pusat England bertindak mengekalkan kadar faedah pada minggu lalu, pasaran akan memantau pula data inflasi UK. Jika angka terus meningkat, bank pusat berkemungkinan perlu untuk meneruskan pengetatan dasar dan memberi kesan peningkatan nilai Pound.

Data Keyakinan Pengguna AS (11.00 Malam) – Mata wang US dolar dijangka akan dipengaruhi oleh terbitan data penting ini yang menjadi salah satu pengukur terhadap perbelanjaan pengguna dan memberi gambaran keseluruhan aktiviti ekonomi.

KHAMIS (21 Disember 2023):

Data KDNK AS (9.30 Malam) – Setelah dua kali bacaan diterbitkan sebelumnya, ini adalah bacaan terakhir untuk angka pertumbuhan ekonomi Amerika untuk suku ketiga lalu. Dijangka bacaan adalah kekal seperti sebelum ini pada 5.2%.

JUMAAT (22 Disember 2023):

Data Jualan Runcit UK (3.00 Petang) – Kadar jualan di UK untuk bulan November dijangka meningkat pulih berbanding penguncupan angka yang dicatatkan bulan sebelumnya. Bacaan yang positif mampu menyokong pergerakan Pound di penghujung minggu.

Data KDNK Kanada (9.30 Malam) – Kadar pertumbuhan ekonomi Kanada menuju penghujung 2023 dijangka meningkat sederhana dengan peningkatan daripada 0.1% kepada 0.2% bagi bulan Oktober.

Data Indeks PCE AS (9.30 Malam) – Menjadi salah satu komponen inflasi AS, data perbelanjaan peribadi pengguna ini akan dinilai dan turut menjadi tumpuan bank pusat. Namun, bacaan angka terbaru diramalkan tidak mengalami perubahan dari bulan ke bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat