A.S Memuktamadkan Peraturan Baru Untuk Kenakan Tarif Ke Atas Pemanipulasi Matawang

369

Pada Isnin, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah memuktamadkan peraturan baru untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari negara-negara yang didakwa memanipulasi matawang mereka.

Secara teorinya, peraturan baru ini akan membolehkan Jabatan Perdagangan untuk mengenakan duti ke atas China, meskipun negara itu tidak lagi ditetapkan sebagai pemanipulasi matawang oleh Jabatan Perbendaharaan A.S sebagai sebahagian daripada perjanjian baru-baru ini.

Namun, Jabatan Perdagangan berkata ia hanya akan mengenakan duti timbal balas ke atas barangan import tertentu.

Peraturan ini dikatakan bertujuan untuk menangani amalan matawang asing yang tidak adil dan juga merupakan sebahagian daripada usaha oleh pentadbiran Trump untuk mengekang ketidakseimbangan perdagangan.

Setiausaha Perdagangan A.S, Wilbur Ross dalam satu kenyataan berkata peraturan baru ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan amalan perdagangan tidak adil diselesaikan dengan baik.

Sejak dicadangkan buat kali pertama pada Mei 2019, ia telah mendapat tentangan daripada Perbendaharaan A.S kerana Jabatan Perdagangan dikatakan tidak mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan kewangan dan matawang antarabangsa.

Menurut bekas pegawai kanan dan penasihat Perbendaharaan, Mark Sobel, peraturan ini dilihat gagal menangani kebimbangan yang timbul sejak ia mula dicadangkan dan mungkin tidak selari dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Selain China, antara negara yang turut disenaraikan dalam pemantauan pemanipulasi matawang A.S adalah Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Switzerland.

Jabatan itu berkata peraturan yang dicadangkan tersebut akan meminda proses duti timbal balas sedia ada untuk memasukkan kriteria baru bagi matawang di bawah paras nilai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat