Adakah Keputusan Pelonggaran Polisi FED Untuk Mesyuarat Julai Diteruskan?

413

Dolar Amerika Syarikat masih lagi didagangkan kukuh menyambung lonjakan harga berbanding matawang utama yang lain berikutan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang mencatatkan bacaan yang memberangsangkan Jumaat lalu.

Apa yang menjadi persoalan dalam pasaran sekarang adalah perbincangan antara Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell dan bank-bank pusat yang lain pada minggu ini sama ada keputusan untuk penurunan kadar pada mesyuarat Julai adalah diperlukan atau tidak berdasarkan laporan pekerjaan terbaru.

Pada mesyuarat polisi sebelum ini, Fed jelas menyatakan pelonggaran adalah perlu untuk melonjakkan bacaan data. Sejak itu, pertumbuhan pekerjaan kembali meningkat namun kadar pengangguran sedikit meningkat dan pertumbuhan gaji perlahan. Kadar jualan rumah bercampur dan keyakinan menurun ekoran aktivit sektor perkhidmatan dan perkilangan turut perlahan.

Pelonggaran polisi untuk mesyuarat Julai sememangnya sudah dijangkakan, namun tindakbalas harga untuk matawang dolar Amerika mendorong pedagang matawang untuk berwaspada jika Powell menyampaikan komen yang bersifat negatif pada Rabu.

Jika Pengerusi Fed tersebut lebih memfokuskan ke arah risiko dan membincangkan permasalahan ekonomi yang perlahan, berkemungkinan dagangan USD akan kembali lemah dan meningkatkan permintaan terhadap matawang safe-haven dengan anggapan pelabur bahawa sentimen pasaran masih berisiko.

Dapat dilihat ketara kejatuhan dagangan safe-haven Yen dan Swiss franc buat masa ini dan situasi ini tidak mengejutkan pasaran ekoran reaksi normal harga terhadap sentimen pasaran selepas lonjakan kukuh dagangan USD.

Turut melemah berikutan kekuatan dolar Amerika adalah dagangan anti-USD iaitu Euro. Data pengeluaran perindustrian di Jerman yang sedikit rendah berbanding jangkaan yang dikeluarkan semalam turut memberi kesan terhadap kelemahan Euro.

Dagangan untuk hari ini dan semalam dijangka perlahan oleh para pelabur berikutan ketiadaan data-data utama yang menggerakkan pasaran. Namun, perlu dipantau juga isu-isu semasa yang berlegar dalam pasaran yang sentiasa mempengaruhi nilai matawang semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat