Adakah Korea Utara Dan Ribut Irma Menjadi Faktor Sementara Kelemahan Dolar?

51

Dolar didagang tinggi pada awal dagangan sesi Asia hari Isnin minggu ini, keluar daripada paras terendah minggu lalu berbanding matawang utama yang lain selepas hujung minggu lepas berlalu tanpa sebarang peluru berpandu dilepaskan oleh Korea Utara.

Sebaliknya, Korea Utara menyambut ulang tahun ke-69 kemerdekaan mereka dengan memberi penghormatan kepada ahli-ahli sains yang menjadi faktor utama kepada kejayaan ujian peluru berpandu minggu sebelumnya.

Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.23% kepada 91.52 setakat jam 9.55 pagi, keluar daripada paras terendah 91.011 hari Jumaat yang lalu.

Yen yang lemah berbanding dolar menolak USD/JPY lebih tinggi ke paras 108.44, naik 0.58% , keluar daripada paras terendah 10 bulan lalu 107.32 pada Jumaat lepas. Yen terkenal sebagai matawang safe haven kerena sering mendapat sambutan apabila berlaku ketidaktentuan politik dan ekonomi berikutan lebihan penyata imbangan Jepun yang sangat tinggi.

Masafumi Yamamoto, ketua strategi forex Mizuho Sekuriti, berkata,”Sentimen pasaran ketika ini melihat kepada kelemahan dolar yang berterusan, namun jika meneliti setiap faktor, tidak semuanya negatif kepada dolar. Namun, Korea Utara dan ribut Irma di Florida menjadi faktor sementara tekanan kepada dolar, dan mungkin boleh memberi impak jangka masa panjang.”

Beliau turut menyebut dolar/yen yang berada di bawah 108 adalah paras yang bagus untuk dibeli, dan menjangkakan US akan membuat perubahan baru pada pencukaiaan mereka bagi meningkatkan perkembangan ekonomi US tahun hadapan.

Presiden Trump dalam ucapannya hari Sabtu yang lalu berkata beliau akan mengajak kongress untuk percepatan usaha bagi mengubah kod pencukaian US, serta mengutarakan potensi impak ribut Irma yang menjadi faktor kepada perlunya perubahan cukai yang cepat.

EUR/USD pula jatuh 0.22% kepada $1.2010 selepas naik ke paras tertinggi $1.2092 pada Jumaat yang lalu, paling tinggi sejak Januari 2015 yang lalu.

Matawang Euro menguat dan naik sehingga 14% berbanding dolar tahun ini. Selain daripada jangkaan perubahan polisi monetari bank pusat Eropah, ECB juga telah memberi isyarat bakal mempercepatkan proses tapering terhadap program ransangan ekonomi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat