Adakah Laporan NFP Akan Menambah Tekanan Kepada Fed Untuk Pemotongan Kedua Bulan Ini?

527

Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap impak coronavirus telah mendorong pelabur menjangkakan Federal Reserve AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas buat kali kedua pada bulan ini.

Dolar Amerika jatuh ke paras terendah enam bulan berbanding yen, dengan penyusutan sebanyak 1.2% pada sesi New York dan kemudiannya diniagakan di sekitar paras 106.00.

Ahli Fed, Robert Kaplan memberitahu bahawa jumlah kes jangkitan terbaru akan menjadi faktor utama kepada beliau untuk mempertimbangkan keputusan kadar faedah pada mesyuarat polisi Fed pada 17-18 Mac ini.

Kaplan yang turut menyokong pemotongan kadar pada awal minggu ini dalam satu mesyuarat kecemasan, menyatakan bahawa langkah yang diambil oleh Fed untuk mengurangkan kadar faedah adalah bukan untuk menangani kelemahan pasaran saham semasa.

Dow Jones Industrial Average yang melonjak lebih 1000 mata selepas keputusan mengejutkan oleh Fed, kembali jatuh dengan kemerosotan lebih 900 mata pada sesi New York disebabkan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa coronavirus akan menjejaskan ekonomi global terus membayangi pasaran Wall Street.

Sementara itu, ketika ditemubual dalam satu acara oleh Fox News Channel, Presiden AS Donald Trump sendiri mengakui bahawa ekonomi Amerika Syarikat boleh terjejas akibat wabak tersebut, tetapi beliau percaya bahawa pentadbirannya akan berjaya menangani krisis ini.

Pasaran kini akan memberi perhatian kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada malam ini yang dijangka terdapat penambahan sebanyak 177,000 daripada 225,000 yang dicatatkan pada bulan lalu.

Dolar euro terus meraih manfaat daripada kelemahan US dolar menghampiri paras ketinggian sejak Ogos 2019. Pada minggu ini, euro telah meningkat sebanyak 1.9% berbanding USD, yang akan menjadikannya sebagai keuntungan terbesar sejak Jun 2017.

Matawang pound meningkat berbanding USD walaupun jangkaan untuk Bank of England (BoE) mengurangkan kadar faedah semakin meningkat untuk menangani impak coronavirus terhadap ekonomi UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat