Adakah Mesyuarat FOMC Akan Sebabkan EUR/USD Menjunam Lagi?

788

Pergerakan US dolar dalam pasaran dilihat agak bercampur pada dagangan Selasa semalam dengan kewaspadaan pelabur menantikan keputusan mesyuarat FOMC di awal pagi Khamis.

Menjelang mesyuarat FOMC, data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan pada sesi New York semalam menyaksikan bacaan data yang mengecewakan berbanding jangkaan untuk meningkat.

Namun, indeks harga pengeluar dan data pengeluaran perindustrian AS pula mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding jangkaan.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta utama pasangan mata wang EUR/USD, harga membuat kenaikan pada mula pada sesi Asia, namun US dolar mula mengukuh pada sesi Eropah dan menekan harga susut semula.

Walaupun begitu, penurunan harga sukar diteruskan dan US dolar kembali bergerak lemah semula sehingga ke penghujung sesi New York.

Harga yang berlegar pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD masih belum memberi isyarat jelas untuk arah pergerakan selanjutnya.

Mata wang Euro dijangka akan terus bergerak suram pada minggu ini dan pergerakan harga akan lebih dipacu oleh US dolar.

Paras 1.20900 masih dilihat sebagai paras sokongan harga jika harga membuat penurunan. Harga yang meneruskan penurunan melepasi zon support 1.20900-1.20600 dijangka untuk menuju pula ke paras 1.20000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, zon rintangan 1.21500-1.21800 dilihat menjadi zon penting yang akan diuji harga.

Harga yang berjaya melepasi zon tersebut akan meneruskan kenaikan ke paras sasaran sebelum ini pada zon rintangan 1.22500.

Pelabur waspada nantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti dengan jangkaan pergerakan agresif harga bakal disaksikan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat