Agenda China Ini Telah Mengundang Kebencian Trump Semenjak Kempen Lagi!

93

Apabila menggalas jawatan Presiden Amerika Syarikat yang baru, Trump bukan sahaja berdepan dengan saingan ekonomi China yang lebih matang, malah turut berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang agak sukar. Selain itu, beliau terpaksa menghadapi pertumbuhan ekonomi yang agak lembap berbanding pentadbiran parti Republik yang terakhir.

Ekonomi China kini lebih banyak bergantung kepada perbelanjaan dan perkhidmatan pengguna apabila semakin didorong oleh faktor eksport dan pelaburan. Keluaran dalam Negara Kasar negara itu juga telah berkembang dua kali ganda dalam tempoh lapan tahun berbanding sebelum ini. Namun, China telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi paling perlahan sejak tahun 1990 dan tahap hutang yang amat membimbangkan oleh sesetengah penganalisis ekonomi.

Cabaran terbesar buat Trump kini ialah membentuk semula hubungan perdagangan dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu selepas melepaskan sindiran buat China semasa kempen. Beliau melemparkan tuduhan bahawa negara tembok besar itu mengamalkan amalan perdagangan yang tidak adil dan menganggap China sebagai memanipulasi matawang.

Menurut bekas Ketua Bahagian China IMF dan kini seorang professor di Universiti Cornell di Ithaca, New York, Eswar Prasad berkata, ekonomi China kini telah menjadi lebih besar, kuat dan berpengaruh. Amerika Syarikat juga dikatakan bukan salah satu ancaman besar buat negara itu lagi.

Negara Asia itu juga telah menolak Jepun ke tangga kedua walaupun menghadapi pengembangan pada tahap sederhana dan jumlah hutang yang melambung tinggi. Hal ini kerana China teleh mendorong kadar eksport secara besar-besaran melalui pinjaman yang dibuat oleh kerajaan bagi membiayai perbelanjaan infrastruktur.

KDNK China semakin menghampiri KDNK AS. Sumber : Bloomberg.
KDNK China semakin menghampiri KDNK AS. Sumber : Bloomberg.

Pun begitu, menurut Bloomberg Intelligence, pecutan pertumbuhan China sebelum ini telah menolak tinggi jumlah hutang China kepada 465 peratus sepanjang sedekad yang lalu. Hutang korporat juga meningkat kepada 165 peratus daripada KDNK negara berbanding 105 peratus yang dicatat sebelum ini. IMF melaporkan bahawa peningkatan jumlah hutang bakal memberi ancaman buat sistem perbankan dan pertumbuhan global China.

Selain itu, cara China menguruskan matawang Yuan juga dikatakan salah satu ancaman besar buat pemerintahan Trump. Perubahan cara yuan didagang turut mengurangkan nilai hampir 1.9%, sekali gus mengurangkan selera pelabur untuk membeli bon dan saham diseluruh dunia. Pelabur juga semakin bimbang jika China terus melemahkan matawangnya semata-mata untuk membantu pengeksport.

Dalam masa yang sama, kerajaan China juga terpaksa menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat berikutan syarikat-syarikat China yang berlumba-lumba membeli asset dari luar negara serta mengambil kesempatan dengan kejatuhan yuan. Dalam hanya tempoh 12 bulan sehingga Oktober yang lalu, China mencatat kira-kira $970 billion keluar masuk aliran tunai.

Trump sebelum ini menggelar China sebagai “manipulator, grand master-level” kerana telah menurunkan matawang semata-mata untuk mengambil keuntungan yang tidak adil terhadap Amerika Syarikat. Hal ini boleh dilihat dengan jelas apabila kelemahan matawang China memberi kelebihan terhadap sektor pembuatan China.

Dalam masa yang sama, China dilihat tidak akan teragak-agak untuk melawan mana-mana polisi yang akan digubal oleh Trump contohnya seperti mengenakan kadar tariff baru buat China dan tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Mungkinkah Trump telah menyusun strategi sendiri untuk berdepan China nanti? Teruskan bersama kami untuk lebih rungkaian perubahan dasar “Triumph Trump” setelah berjaya menakluk White House!

Ini Punca Emas Meningkat Hampir 5% Semalam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat