Akhirnya! EUR/USD Turun Lebih Rendah Lepasi Zon $1.0500

172

Sentimen pasaran yang kekal berisiko telah dipengaruhi oleh ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Rabu, turut memberi kesan pengukuhan terhadap mata wang safe-haven US dolar.

Powell memberi amaran bahawa langkah kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat boleh mendorong kesan pertumbuhan ekonomi yang perlahan selain risiko inflasi yang akan berterusan.

Justeru, pengukuhan US dolar yang lebih ketara berlaku pada sesi New York semalam telah memberi tekanan semula terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam telah meyaksikan penurunan harga berlaku yang mendorong harga keluar dari zon ‘sideway’ minggu lalu.

Penganalisis telah menjangkakan situasi tersebut ekoran pergerakan harga yang mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam setelah penurunan awal pada Selasa lalu.

Harga telah membuat penurunan melepasi paras sokongan harga pada 1.05000 dengan penurunan harian hampir 100 pips mencecah ke paras terendah baru sekitar 1.04400 pada penghujung sesi New York.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis), namun dengan corak yang dipaparkan, harga dijangka akan melanjutkan penurunan lebih rendah lagi.

Penurunan harga bakal menguji zon support utama pada 1.04000 dan sekiranya harga susut lebih rendah melepasi zon tersebut, harga bakal catatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 20 tahun.

Namun, jika situasi pasaran berubah dan membuatkan harga melonjak semula, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada zon 1.05000 semula.

Melepasi zon tersebut akan kembali memberi isyarat pergerakan bullish untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan yang diteruskan sekali lagi akan menguji zon rintangan 1.06000 yang masih gagal ditembusi pada minggu ini dan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat