Akhirnya Terbongkar! Robert Kiyosaki Dedah Berapa Harga Pembelian 30 BTC Pertamanya!

1,131

“Beli masa harga rendah kot, rasanya sekarang dah berapa banyak BTC Kiyosaki ada?”

Didedahkan sendiri oleh pengarang popular ‘Rich Dad Poor Dad’ Robert Kiyosaki, beliau membeli 30 Bitcoin (BTC) pertamanya semasa harga mata wang kripto tersebut berada pada paras $6,000 susulan galakan daripada bekas eksekutif Goldman Sachs Raoul Pal.

Pada minggu lepas, Pal membincangkan Banana Zone bersama trader kripto Scott Melker di saluran YouTube di mana ia dirujuk sebagai tempoh pergerakan harga menaik berterusan dalam pasaran kewangan.

Bukan itu sahaja, Pal juga meramalkan aliran menaik mungkin akan berlaku menjelang akhir tahun susulan aset digital dari segi sejarah cenderung meningkat pada suku terakhir tahun pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Suka dimaklumkan Pal berkata tidak kiralah sama ada membeli aset digital seperti BTC, Ethereum (ETH) mahupun Solana (SOL) tetapi yang pentingnya harganya berpotensi memecah paras tertinggi sepanjang masa dalam beberapa minggu atau bulan.

Rentetan itu, Kiyosaki sungguh percaya Pal tahu apa yang diperkatakannya susulan beliau yang mempunyai pengalaman profesionalnya sebagai eksekutif tertinggi di Goldman Sachs telah mengesyorkannya bagi memulakan pelaburan dalam BTC.

Disebabkan dorongannya, Kiyosaki yang membeli 30 BTC semasa harganya berada pada $6,000 bertindak mengaut lebih banyak lagi BTC setiap bulan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pembelajaran YouTube Raoul yang sudah menyebabkannya faham mengapa BTC memasuki “The Banana Zone”.

Selain memberi amaran tentang BTC sebagai wang rakyat atau wang berasaskan peraturan manakala fiat sebagai wang kerajaan atau wang berasaskan hutang, Kiyosaki turut menggesa pengikutnya kumpul wang berasaskan peraturan seperti BTC susulan ia akan menjadikan pelabur lebih kaya.

Kiyosaki dua hari lalu mendedahkan sedang menunggu harga BTC turun lebih rendah bagi membeli lagi sejumlah besar aset digital itu dan beliau menasihatkan orang ramai yang takut dengan kejatuhan pasaran kripto untuk jual pegangannya serta bertahan dengan pekerjaan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat