Amaran! GBP/USD Berisiko Menjelang Data Inflasi UK!

193

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD tidak memberikan arah yang jelas pada dagangan Selasa semalam, namun penganalisis masih melihat harga kekal bergerak dalam trend bearish dengan tempo yang perlahan.

US dolar didagangkan baik pada sesi Asia dan Eropah semalam, namun di sesi New York sedikit melemah susulan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mei diterbitkan bercampur semalam.

Sementara Pound yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dikhuatiri boleh mengalami kejatuhan nilai lagi pada hari ini (Rabu) berikutan pasaran akan berdepan dengan terbitan data inflasi UK di awal sesi Eropah sebentar lagi.

Setelah beberapa bulan kadar inflasi UK kekal di atas paras 10%, jangkaan terbaru untuk inflasi untuk bacaan April adalah sedikit menurun kepada 8.2%. Namun diingatkan ia masih berada di tahap yang tinggi.

Justeru, harga yang turut kekal berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD berkemungkinan akan menyambung lagi corak bearish selepas ini.

Penurunan harga dipaparkan semalam melepasi paras 1.24000 dan mencecah hampir sekitar 1.23700, namun melantun di sesi New York sekitar 60 pips dan menutup dagangan di atas 1.24000.

Jika penurunan berlaku di sesi Eropah, harga berkemungkinan akan melepasi paras yang dicecah semalam sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.

Sasaran adalah menuju 1.23000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Namun jika harga melonjak melepasi halangan MA50 dan memberi isyarat untuk perubahan arah harga semula, kenaikan bakal menguji rintangan pada 1.25000.

Seterusnya, kenaikan yang diteruskan akan menguji 1.25400 sebelum melanjutkan pendakian mencapai zon tumpuan sebelum ini yang berada di ketinggian 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat