Amaran! ‘Mangsa’ Inflasi Makanan Seterusnya Adalah Beras!

2,283

‘Andai harga beras pula melonjak, rakyat Malaysia nak kena tukar makanan apa pula lepas ni? ‘

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengeluarkan amaran bahawa beras akan menjadi ‘mangsa‘ seterusnya yang terkesan daripada kenaikan harga makanan global.

Peralihan dari sumber seperti gandum dan bijirin yang mahal sejak larangan eksport gandum India telah membuka laluan kepada alternatif lain iaitu beras.

Namun dengan penambahan permintaan terhadap makanan ruji warga Asia tersebut sementara pengeluarannya yang perlahan, maka hanya menunggu masa sahaja sebelum harga beras melonjak.

Menurut indeks harga makanan UN, harga beras antarabangsa dilihat mencanak buat 5 bulan berturut-turut dan menghampiri paras tertinggi 12 bulan.

Hal ini berlaku ekoran berlaku peningkatan kos baja dan tenaga (pertanian) sejak tahun lalu, ditambah dengan krisis perang Rusia-Ukraine, yang merencatkan pengeluaran sehingga tercetusnya masalah bekalan.

Ekoran itu, beberapa pakar menyatakan harga beras perlu di pantau walaupun pengeluaranya masih tinggi buat masa ini.

Ulas ketua ekonomi bank Nomura Jepun, Sonal Varma, kenaikan harga gandum yang membawa kepada penggantian terhadap beras perlu dipantau supaya tidak mencetus rantaian inflasi makanan berterusan.

Beliau juga menegaskan langkah perlindungan seperti larangan eksport hanya akan mengerukkan lagi keadaan menandangkan inventori beras buat masa ini masih mencukupi dan hasil tuaian dijangka bertambah baik pada musim panas kelak.

Selain itu, negara pengeluaran beras utama seperti Thailand dan Vietnam juga dilihat sedang mengusahakan rancangan pengeluaran dan harga beras dengan pakar.

Suka diingatkan bahawa negara pengeluar utama beras adalah China dan India, di mana keadaan kemarau di India telah menjadi punca kepada masalah bekalan makanan global rentetan dari masalah kelumpuhan pengeluaran gandum Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat