Amerika Syarikat Bakal Tingkatkan Tarif Jika Perjanjian Masih Gagal Dicapai

321

Dagangan safe-haven kembali mencatatkan pengukuhan sejak semalam ekoran perkembangan negatif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dilaporkan.

Berhubung rundingan bersama China, Michael Pillsbury yang merupakan penasihat Donald Trump mengatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat itu bersedia untuk menghangatkan lagi perang dagang jika perjanjian masih gagal dicapai dalam masa terdekat.

Media China juga turut menerbitkan artikel berkenaan pendirian Donald Trump itu jika tiada penyelesaian dicapai kedua-dua pilihan pada pertemuan yang seterusnya.

Dengan itu, pelabur kini mula menjangkakan kebarangkalian untuk kadar tarif import bakal dinaikkan lebih tinggi lagi selepas ini dan boleh mencecah 50% hingga 100% jika perjanjian tidak mencapai kesepakatan.

Menurut Ketua Pengarang di Global Times Hu Xijin, China dilihat tidak begitu cemas untuk mencapai perjanjian berbanding gesaan oleh pihak Amerika Syarikat.

Perkembangan rundingan yang semakin mengurangkan keyakinan terhadap harapan untuk China dan Amerika Syarikat mencapai kesepakatan ini telah kembali meningkatkan risiko dalam pasaran dagangan.

Dolar Australia antara yang menerima tekanan berikutan sentimen pasaran kembali berisiko dengan penurunan ketara ditunjukkan oleh dagangan Aussie semalam.

Penurunan Aussie juga turut didorong oleh faktor laporan pekerjaan Australia yang merosot ekoran kadar pengangguran mencatatkan peningkatan tertinggi untuk tahun ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat