Analisis GOLD – Bahaya Kalau Emas Jatuh Bawah Paras $2,070!

2,313

Sinar terang emas yang terpancar pada minggu ini sedikit dimalapkan dengan penyusutan nilai yang berlaku pada dagangan Khamis semalam.

Harga emas telah berjaya mencapai paras tertinggi 3 minggu namun mula memaparkan penurunan dan memberi amaran untuk perubahan arah harga di penutup dagangan 2023 ini.

Situasi yang berlaku adalah didorong pemulihan pada mata wang US dolar berikutan dinilai penganalisis berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) ke atas posisi jualan US dolar terdahulu.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sebelum ini mengekalkan corak kenaikan berterusan sehingga ke sesi Asia semalam mencapai ketinggian 2088.00.

Namun pada sesi Eropah dan New York semalam, penurunan harga kembali tercetus melihatkan harga susut melewati paras 2080.00 dan 2070.00.

Menjadi isyarat awal untuk perubahan bearish buat emas apabila harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Sesi Asia pagi ini (Jumaat) pula memaparkan kenaikan perlahan harga melepasi paras 2070.00 semula namun dilihat masih terbantut di bawah halangan MA50 sehingga ke sesi Eropah.

Jika halangan berikut gagal dilepasi, harga berkemungkinan cenderung untuk menyambung penurunan semalam di bawah paras 2070.00 semula.

Seterusnya, paras sasaran untuk dituju pada penurunan lebih rendah adalah sekitar 2050.00.

Sementara, untuk kenaikan lebih tinggi jika harga emas pulih semula bakal melepasi paras 2080.00 dan mencapai kembali ketinggian dicapai pada sesi Asia semalam.

Malah, harga emas boleh teruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru untuk penutup dagangan 2023 ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat