Analisis GOLD – Emas Berjaya Capai Paras Ketinggian Terbaru

1,062

Sentimen risk-off pasaran telah mendorong para pemain pasaran untuk beralih ke arah pelaburan selamat dengan beberapa faktor yang menjadi tumpuan ketika ini seperti krisis minyak serta ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine.

Justeru, komoditi emas juga dilihat menerima manfaat dalam situasi ini di mana nilai emas berjaya meningkat ketika US dolar didagangkan bercampur-campur menjelang mesyuarat FOMC yang semakin hampir.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur menyaksikan harga emas mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.

Selepas melonjak pada dagangan minggu lalu melepasi paras 1830.00, harga mula mendatar di atas paras 1830.00 tersebut sebagai paras sokongan baru harga sekaligus membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Bersambung pada dagangan awal minggu ini, harga berjaya melonjak dari zon tersebut sehingga mencapai paras ketinggian 1854.00 di penghujung sesi New York semalam.

Namun pada dagangan hari ini (Rabu), harga bergerak perlahan dan sedikit menurun sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk pelabur menilai reaksi harga di paras tersebut untuk jangkaan arah harga seterusnya.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan diteruskan melepasi paras ketinggian terbaru yang dicapai untuk menuju ke zon rintangan pada 1870.00.

Zon ketinggian tersebut sebelum ini pernah diuji pada November lalu, namun harga emas gagal untuk terbang lebih tinggi.

Sebaliknya jika harga kembali kecundang semula membuat penurunan, zon RBS 1830.00 akan diuji sama ada masih mampu untuk menyokong kenaikan harga semula atau ditembusi.

Jika harga menjunam melepasi zon tersebut, penurunan harga akan menguji dahulu zon harga 1810.00 sebelum ke zon tumpuan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat