Analisis GOLD – Emas ‘Tunjuk Belang’, Lonjak $40 Menjelang NFP

2,050

Meneliti kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dilihat merekodkan aksi garang dengan kembali terbang tinggi ke puncak untuk menguji semula zon rintangan 1800.00.

Dengan jayanya lonjakan itu juga sama sekali telah menembusi trendline resistance serta paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk memberi bayangan awal harga mampu melonjak lebih tinggi.

Pergerakan harga hanya memberi reaksi kepada penerbitan data ADP NFP Amerika Syarikat (AS) dan data perkhidmatan tinjauan ISM untuk terjun menguji zon RBS (resistance become support) 1760.00.

Akan tetapi zon RBS tersebut sekali lagi telah menyokong lonjakan harga seperti pada sebelum ini ketika terbitan keputusan mesyuarat FOMC sehingga bersambung ke sesi dagangan hari ini (Jumaat).

Tampaknya pelabur lebih tertarik kepada dagangan emas berbanding USD meskipun Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengumumkan langkah yang menetapi jangkaan pelabur.

Dalam pada itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang merosot semula serta kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah merupakan antara faktor dalam menyokong harga emas kembali melonjak.

Adakah penerbitan data NFP AS akan menguat susulan data ADP NFP AS yang positif atau akan terus mencatat kedukaan bulan ke-3 berturut-turut?

Jika trend pergerakan harga yang dipaparkan itu valid untuk terus mendaki, zon rintangan 1800.00 dijangka akan diatasi untuk menuju ke paras tertinggi 1813.00 yang dicapai pada penghujung Oktober.

Lonjakan yang lebih agresif akan memperlihatkan harga berupaya untuk mencatat paras ketinggian terbaharu yang berkemungkinan bakal mampu menguji zon rintangan pada 1830.00 pula.

Manakala sekiranya harga terus ditekan oleh pengukuhan USD, kebarangkalian harga akan mencecah semula zon RBS (resistance become support) 1780.00 sebelum harga dijangka terus merosot.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat