Analisis GOLD – Harga Emas Tak Berhenti Jatuh, Tembus Pula $1,900!

2,534

Walaupun tidak digemari pelabur, namun situasi yang dijangkakan telah berlaku pada dagangan emas semalam dengan harga terus tersungkur jatuh lebih rendah.

Tiada perubahan pada pergerakan semasa pasaran menyaksikan US dolar masih mengekalkan pengukuhan dan menekan harga emas jatuh, walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan suram pada sesi New York semalam.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menepati ramalan penganalisis untuk jatuh mencecah paras 1900.00 di sesi New York.

Kenaikan sementara di sesi Eropah hanya sekadar ke paras 1915.00 sebelum terjunan ketara berlaku di sesi berikutnya.

Pergerakan harga emas kekal dengan trend bearish yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga perlahan di sesi Asia di atas 1900.00 sebelum penurunan diteruskan menembusi paras tersebut.

Dengan momentum yang berterusan, harga emas akan menyambung penurunan lebih rendah dengan sasaran terbaru telah beralih ke sekitar 1885.00.

Paras 1885.00 menjadi support buat harga yang dicecah ketika penurunan harga pada dagangan Ogos lalu, namun harga telah melantun naik semula.

Sekiranya berlaku perubahan arah pada harga emas, pelabur akan meneliti sebarang petunjuk untuk menentukan trend semasa.

Jika bertukar bullish, harga emas berkemungkinan akan bergerak di atas 1900.00 semula sebelum menuju kembali ke paras tumpuan 1920.00 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat