Analisis GOLD – Jangkaan Penurunan Meleset, Emas Cuba Bangkit Semula

927

Meleset berbanding jangkaan untuk terus mengalami kejatuhan, sebaliknya dagangan emas kembali pamerkan kenaikan semula semalam memberikan kelegaan buat para pelabur komoditi berharga itu.

Jika diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat pada Selasa lalu harga turun di bawah paras 1765.00 sehingga ke paras 1750.00.

Namun pada dagangan Rabu semalam, harga bergerak mendatar dan gagal menyambung penurunan lebih rendah di bawah paras 1750.00 sebaliknya membuat kenaikan pada sesi New York mencapai paras ketinggian sekitar 1774.00.

Walaupun US dolar kekal bergerak kukuh, namun penganalisis menyaksikan emas turut menonjol menjadi pilihan para pelabur dalam sentimen pasaran yang berisiko sebagai aset safe-haven.

Memberi isyarat untuk perubahan trend kenaikan harga semula, harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga. Malah telah menjadi paras sokongan untuk harga meneruskan kenaikan pada sesi Asia pagi ini (Khamis).

Kenaikan dari paras 1765.00 itu telah mencapai ke paras sekitar 1778.00 setakat dagangan memasuk sesi Eropah dan dijangka pergerakan harga akan lebih agresif pada sesi New York sebentar lagi.

Kenaikan harga dijangka untuk menuju semula ke zon rintangan pada 1800.00 setelah harga bergerak mendatar di bawah paras tersebut sepanjang minggu lalu.

Melepasi rintangan tersebut akan menambahkan lagi keyakinan buat para pelabur untuk harga emas bergerak dalam trend bullish semula.

Sebaliknya jika situasi kenaikan ini hanya sementara, waspada untuk kejatuhan harga lebih dalam di bawah paras 1750.00 yang dicecah Selasa lalu.

Penurunan lebih rendah di bawah paras 1745.00 akan mendorong jangkaan menuju pula ke zon tumpuan pada 1720.00-1700.00 yang akan menentu arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat