Analisis GOLD – Paras $2,000 Diuji Beberapa Kali Minggu Lalu, Namun Gagal Ditembusi

1,648

Pada Jumaat penutup dagangan minggu lalu, harga emas sekali lagi berjaya mencapai paras $2,000 sebelum berundur semula.

Pengukuhan semula US dolar di penghujung minggu mengekang kemaraan emas untuk meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru.

Namun, adakah situasi tersebut mampu bertahan lama?

Penganalisis masih menjangkakan US dolar boleh mengalami penyusutan semula berikutan krisis perbankan yang masih lagi berlarutan.

Pelabur meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada minggu lalu dengan paras 2000.00 kekal menjadi rintangan buat harga setelah diuji beberapa kali namun masih gagal ditembusi.

Isyarat bearish buat emas mula dinilai apabila harga yang susut dari paras 2000.00 telah menyusur turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD bersambung pada dagangan awal minggu ini.

Berlegar di bawah paras 1980.00, harga menunjukkan pergerakan menurun yang perlahan di sesi Eropah hari ini (Isnin).

Jika penurunan diteruskan, harga dilihat akan menuju ke zon 1950.00 yang sebelum ini merupakan zon tumpuan harga.

Selepas isyarat bearish lebih jelas, penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju sehingga sekitar 1900.00.

Namun jika US dolar kembali didagangkan lemah semula minggu ini, pelabur akan kembali meletakkan harapan untuk melihat emas catatkan ketinggian terbaru.

Melepasi halangan MA50, harga akan cuba menembusi rintangan 2000.00 yang akan menjadi petunjuk kritikal buat pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat