Analisis GOLD – Pelabur Cemas, Emas Bakal Jatuh Lagi Minggu Ini?

893

Pelabur emas menarik nafas lega seketika susulan harga logam kuning itu kembali melantun semula di penghujung minggu lalu daripada terjerumus lebih dalam.

Pada Khamis lalu, harga emas paparkan terjunan drastik sehingga ke bawah paras $1,950 disebabkan oleh faktor pengukuhan US dolar.

Situasi tersebut telah didorong oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua yang memberangsangkan, sekaligus menyokong jangkaan bagi pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Namun momentum yang tidak berjaya dikekalkan di penghujung minggu telah mengurangkan sedikit tekanan membuatkan harga emas bejraya melantun semula.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan lantunan semula harga ke paras 1963.00 pada Jumaat lalu.

Menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini, harga dilihat memaparkan corak penurunan perlahan yang dihalangi oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.

Penurunan awal harga dilihat akan menguji paras 1950.00 dan jika tembus lebih rendah, akan menguji pula paras terendah dicecah minggu lalu sekitar 1943.00.

Pengukuhan US dolar jika berterusan pada minggu ini boleh menekan harga emas lebih dalam hingga ke zon 1930.00 dan jika lebih rendah, paras 1920.00 akan menjadi tumpuan seterusnya.

Namun jika berlaku lonjakan harga emas di awal minggu ini, kenaikan harga bakal menuju semula ke zon rintangan minggu lalu pada ketinggian 1980.00.

Setelah berjaya diatasi, harga bakal menyambung kenaikan lebih tinggi dengan sasaran akan terarah pada paras 2000.00 untuk merekodkan paras ketinggian terbaru 12 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat