Sedarkah Anda, Syarikat Besar Ini Sudah Naikkan Harga Makanan Mereka?

409

Sedarkah anda makanan ringan yang sering menjadi kegemaran ramai telah mengalami peningkatan harga, walaupun inflasi makanan dikatakan semakin perlahan?

Hakikatnya, pada separuh pertama tahun ini syarikat makanan terbesar di dunia telah giat menaikkan harga produk mereka.

Ini susulan beberapa laporan pendapatan yang dikeluarkan minggu lalu, terutamanya Nestle yang melaporkan telah menaikkan harganya sehingga 9% dalam tempoh enam bulan pertama 2023.

Bukan itu sahaja, Coca-Cola juga didapati telah meningkatkan harga sehingga 10% pada suku kedua, manakala pesaingnya PepsiCo pula menaikkan harganya 15% lebih tinggi.

Meskipun dengan kenaikan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PepsiCo berkata bahawa pengguna masih terus membeli produk syarikat itu, termasuk Quaker Oats yang semakin mahal harganya.

Kenapa syarikat perlu naikkan harga produk?

Beberapa faktor luaran telah memberi kesan kepada kos yang dibayar oleh syarikat makanan untuk menghasilkan produk mereka.

Misalnya, perang yang berterusan di Ukraine telah menyebabkan beberapa harga bijirin terus meninggi daripada biasa.

Namun, jika dibandingkan ketika Covid melanda, syarikat hanya menghadapi sedikit perubahan kos dan seperti yang dipaparkan oleh pendapatan mereka minggu lalu, kebanyakan kenaikan harga membawa kepada keuntungan.

Coca-cola merekodkan peningkatan 11% dalam pendapatan sesaham untuk suku kedua, manakala Nestle turut memperoleh keuntungan 11% dan PepsiCo pula meraih hampir dua kali ganda pada suku terbarunya.

Pun begitu, langkah menaikkan harga tidak selamanya menguntungkan syarikat kerana pada akhirnya, pengguna akan menjadi alternatif atau pengganti lain kepada produk tersebut yang lebih murah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat