Analisis GOLD – Selepas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak Januari, Emas Bangkit Semula Lepasi $1,800

731

Penghujung minggu lalu menyaksikan komoditi emas didagangkan lemah sehingga mencatatkan paras terendah terbaru sejak awal tahun 2022 setelah mengatasi rekod pada Mei lalu.

Sesi dagangan New York pada Jumaat lalu, dapat dilihat US dolar gagal mengekalkan momentum pengukuhan yang mungkin dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh para pelabur sekaligus membuka ruang untuk emas meningkat semula.

Turut mempengaruhi pergerakan emas pada sesi yang sama, terbitan data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang mencatatkan angka lebih rendah berbanding ramalan telah memperlihatkan lantunan semula harga pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.

Laporan pekerjaan NFP AS dan minit mesyuarat polisi FOMC bakal menjadi tumpuan utama pelabur pada minggu ini yang akan menentukan pergerakan US dolar seterusnya yang turut akan mempengaruhi logam kuning emas.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dilihat harga pada mulanya telah menjunam lebih rendah melepasi paras 1800.00 dan mencecah ke zon 1785.00 mencatatkan paras terendah terbaru 5 bulan.

Namun menyambung dagangan sehingga menuju ke penghujung sesi New York kembali mempamerkan lantunan semula harga di atas zon 1800.00 dan menutup dagangan di sekitar paras 1807.00.

Menyambung pula pada dagangan di pembukaan pasaran awal minggu ini, pada sesi Asia hingga sesi Eropah hari ini (Isnin), harga dilihat bergerak mendatar di sekitar paras penutupan minggu lalu, namun memberi isyarat pergerakan bullish selepas harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Jika harga meneruskan penurunan seperti corak pergerakan minggu lalu, harga emas bakal susut lebih rendah lagi dengan sasaran seterusnya akan menguji zon support 1785.00 yang telah dicecah Jumaat lalu.

Dan untuk jangkaan bagi penurunan harga yang masih diteruskan, harga berpotensi mencecah sehingga ke paras 1760.00 jika emas kekal mengalami kejatuhan berterusan bersambung pada minggu ini.

Dilihat corak penurunan emas minggu lalu, sukar untuk pelabur menjangkakan berlakunya peningkatan semula harga pada waktu terdekat ini, namun tidak mustahil situasi tersebut bakal berlaku selepas harga berjaya paparkan lonjakan pada penutup dagangan minggu lalu.

Jika harga emas berjaya membuat kenaikan melepasi zon 1815.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan selepas isyarat pergerakan bullish harga emas yang lebih jelas.

Kenaikan lanjut, harga dilihat akan kembali menguji rintangan 1830.00, antara paras yang menjadi tumpuan penting sebelum ini dan berkemungkinan paras lebih tinggi mampu dicapai oleh emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat