Analisis GOLD – Sinar Emas Kembali Malap, Harga Susut Semula Bawah $1,760

855

Pergerakan harga yang suram didagangkan untuk komoditi emas sementara pelabur terus menanti ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di simposium Jackson Hole yang bermula pada hari ini.

Selain daripada itu, terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bagi suku kedua semalam dengan bacaan terbaru yang sedikit menaik -0.6% berbanding daripada -0.9% berbanding bacaan awal yang diterbitkan bulan lalu.

Indeks dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang dilihat bergerak suram gagal untuk memacu pergerakan emas yang lebih jelas dalam pasaran minggu ini. Namun tidak dinafikan terdapat sedikit peningkatan pada harga emas menuju penghujung minggu.

Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat berjaya membuat kenaikan pada dagangan Khamis semalam selepas harga yang bergerak mendatar pada dagangan pertengahan minggu.

Lonjakan harga dilihat berjaya melepasi paras 1760.00 namun seperti yang dibimbangi pelabur, harga menyusut semula susulan terbitan data KDNK AS yang sedikit mengukuhkan mata wang US dolar di sesi New York.

Namun penurunan lebih rendah tidak diteruskan dan harga dilihat mengakhiri dagangan sehingga ke penghujung sesi sekitar bawah paras 1760.00.

Bersambung pada sesi dagangan Asia hari ini pula, harga dilihat masih lagi bergerak perlahan di zon tersebut meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Sedikit penurunan di bawah paras MA50 di sesi Eropah boleh mencetus jangkaan awal untuk perubahan trend bearish semula, namun masih awal untuk menentukan arah pergerakan harga yang lebih jelas sebelum petunjuk oleh ucapan Jerome Powell.

Sekiranya harga kembali meneruskan kenaikan dan melepasi zon rintangan 1760.00, kenaikan bakal dilanjutkan untuk menuju pula ke zon SBR (support become resistance) 1780.00 dengan US dolar berkemungkinan terus menyusut.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya bakal mencapai semula ke paras ketinggian 1800.00 untuk harga menguji sekali zon rintangan tersebut.

Sebaliknya jika emas menjunam selepas ucapan Powell, pelabur berkemungkinan melihat harga susut dahulu ke zon sekitar 1740.00 atau terus menjunam lebih rendah melepasi paras terendah mingguan pada 1728.00.

Penurunan harga yang lebih rendah diteruskan bakal mencecah ke zon support tumpuan 1720.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat