Analisis GOLD – Tangga Demi Tangga Didaki, Adakah Emas Bakal Capai $1,850?

1,582

Dagangan emas tampaknya meneruskan lagi aksi ‘ganas’ dengan membuat kenaikan melebihi 100 pips di sesi dagangan (Isnin) untuk menghampiri ke paras tertinggi terbaharu yang dicapai pada Jumaat lalu.

Faktor lonjakan harga dilihat telah disokong oleh kemerosotan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun selepas capai paras ketinggian terbaru minggu lalu serta tekanan kadar inflasi yang tinggi membuatkan pelabur lebih tertarik kepada emas.

Namun begitu, pengukuhan matawang USD yang dipamerkan pada ketika ini nampaknya serba sedikit telah menjadi faktor utama untuk menghalang serta membantutkan harga emas melonjak lebih tinggi.

Melihat kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dilihat terus mencatat kenaikan sehingga hampir capai paras tertinggi 1813.00 sebelum ditutup di atas zon rintangan 1800.00.

Pergerakan harga emas tampaknya kekal diperdagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi petunjuk pergerakan yang masih dengan trend bullish.

Trend harga juga dilihat sedikit mendatar pada penghujung sesi sebelum kembali pamer penyusutan dan mencecah MA50 di kala pembukaan sesi dagangan hari ini (Selasa) sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Sekiranya zon rintangan 1800.00 itu berjaya untuk membantu harga emas mengekalkan kenaikan, paras tertinggi 1813.00 berkemungkinan akan diuji terlebih dahulu sebelum jangkaan kenaikan yang lebih gah.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan bahawa zon rintangan 1830.00 dijangka bakal kembali dicapai yang mana zon tersebut sentiasa membantaskan lonjakan harga sejak daripada sesi dagangan Julai lagi.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan pada trend bullish yang lebih jelas untuk emas, harga berkemungkinan berpotensi mencapai semula sehingga ke paras tumpuan 1850.00.

Jika pergerakan harga kembali dicantas untuk menembusi zon rintangan 1800.00 tersebut, kebarangkalian besar pelabur akan melihat harga emas menjejaki semula zon RBS (resistance become support) 1780.00.

Penurunan tersebut juga secara tidak langsung akan memperlihatkan harga emas berupaya untuk junam lebih rendah dan seterusnya memberi isyarat awal untuk harga membuat perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat