Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 6/12/2018

159

Dalam suasana pasaran berisiko yang menjejaskan matawang komoditi, matawang dollar AUD terus mengalami kejatuhan nilai dengan data pertumbuhan ekonomi di Australia yang dikeluarkan awal pagi semalam mencatatkan angka yang mengecewakan daripada jangkaan dan jauh lebih rendah daripada bacaan sebelumnya. Pada dagangan hari ini pula, bacaan pada data jualan runcit adalah meningkat seperti yang dijangkakan namun data imbangan dagangan yang dijangka meningkat telah mencatatkan angka yang lebih rendah daripada bacaan sebelum ini. Oleh itu, dapat diperhatikan pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga menunjukkan kejatuhan yang ketara ekoran kelemahan pada matawang Aussie walaupun dagangan USD bercampur-campur. Pada dagangan semalam, harga dilihat telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras support MagicS1 dan support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, setelah data jualan runcit dan data imbangan dagangan dikeluarkan bersama, harga telah menyambung penurunan ke paras support 0.7231 (MagicS1) dan akan menguji zon major support pada chart AUD/USD di paras 0.72100. Harga yang berjaya breakout paras tersebut akan menuju ke paras 0.7197 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum harga terus ditekan lebih rendah dan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 0.7134 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan drastik sehingga melepasi paras Magic Pivot 0.7294 hari ini, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 0.7328 (MagicR1) sebelum lonjakan lebih tinggi bakal kembali menguji paras ketinggian harga pada resistance 0.7391 (MagicR2). Jika sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru di sekitar paras 0.7426 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi di Australia serta perkembangan perang dagang AS-China yang mempengaruhi perubahan nilai matawang Aussie dalam pasaran semasa. Jadikan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras-paras yang berpengaruh pada chart AUD/USD untuk posisi dagangan yang lebih jelas.

 

Paras support: 0.7231, 0.7197, 0.7134.

Paras resistance: 0.7328, 0.7391, 0.7426.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat