Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 2/1/2019

262

Hari pertama dagangan untuk tahun 2019 dilihat bergerak perlahan di mana matawang dollar USD masih didagangkan lemah berikutan tumpuan masih terarah terhadap pertumbuhan ekonomi global yang membimbangkan. Sementara tumpuan pada dagangan Rabu hari ini adalah kepada data perkilangan dan pembuatan di zon Eropah terutamanya di  Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk dagangan Isnin hari terakhir untuk kalendar 2018, harga gagal gagal membuat kenaikan lebih tinggi mengatasi ketinggian pada dagangan Jumaat sekitar paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali turun lebih rendah daripada paras Magic Pivot. Namun harga kembali membuat kenaikan dan menutup dagangan Isnin pada penghujung sesi New York sekitar paras resistance MagicR1 semula.

Pada sesi pasaran Asia pertama untuk tahun 2019 ini, harga pada chart EUR/USD dilihat menunjukkan penurunan dari paras ketinggian dagangan Isnin menuju ke paras Magic Pivot 1.1450 hari ini. Harga kemudian dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot tersebut sehingga ke penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga terus turun lebih rendah dari paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras support terdekat di paras 1.1433 (MagicS1). Penurunan lebih rendah harga yang diteruskan dilihat akan menjadikan paras support 1.1404 (MagicS2) sebagai destinasi tumpuan yang seterusnya. Dan sekiranya harga masih meneruskan ke paras lebih rendah, harga berkemungkinan akan ke paras sekitar 1.1387 (MagicS3).

Namun, jika matawang EURO kembali didagangkan positif berbanding USD pada dagangan hari ini, harga berkemungkinan kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini dan seterusnya menuju ke paras resistance 1.1479 (MagicR1) untuk harga mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu. Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru sekitar 1.1525 (MagicR3) pada chart EUR/USD.

Kawal dagangan untuk permulaan dagangan tahun baru di mana para pelabur masih berwaspada untuk mencari posisi dagangan yang sesuai. Lihat paras penting pada indicator Moshed Magic Line dan bandingkan dengan paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD untuk anda tentukan keberkesanannya pada analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.1433, 1.1404, 1.1387.

Paras resistance: 1.1479, 1.1496, 1.1525.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat