Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 27/8/2018

1,089

Matawang US dollar mendominasi pasaran minggu lalu selepas Gabenor FED, Jerome Powell menyatakan tentang kenaikan kadar faedah di US dalam masa terdekat walaupun Presiden Trump mengkiritik dan tidak bersetuju terhadap kenaikan kadar faedah tersebut. Namun, pada penghujung minggu, matawang EURO dilihat menguat berbanding US dollar setelah ucapan daripada Jerome Powell yang bernada dovish semasa simposium Jackson Hole yang lalu. Beliau tidak melihat ekonomi di Amerika Syarikat terlalu laju sekaligus mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan secara beransur-ansur. Hal ini yang menyebabkan penyusutan nilai matawang USD turut memberi manfaat kepada matawang EURO berikutan sifat matawang EURO yang Anti-USD. EURO masih dilihat optimis dengan ucapan yang hawkish sebelum ini daripada salah seorang ahli ECB iaitu Weidman tentang dasar monetari mereka yang positif di samping aktiviti ekonomi yang sedang berkembang dengan kadar yang cepat di zon Euro.

Secara teknikal, harga dilihat masih dalam fasa menaik namun harga masih bergerak perlahan sejak sesi pasaran Asia dibuka hari ini. Pada Jumaat lalu, harga telah membuat kenaikan sehingga berjaya menembusi (breakout) paras resistance di 1.16200 dan naik sekitar 30 pips sebelum harga kembali turun semula di bawah paras 1.16200 pada petang ini dan harga semasa berada di sekitar paras 1.16100 setakat jam 4 petang. Jika pada minggu ini sentimen pasaran tidak menyokong kekuatan nilai USD, harga berkemungkinan untuk membuat kenaikan sehingga paras resistance 1.17600 atau lebih tinggi. Namun, jika USD terus menguat dan menekan harga ke bawah, paras support yang perlu diuji adalah di paras 1.15400 dan jika berjaya ditembusi (breakout), paras support seterusnya yang berkemungkinan menjadi tumpuan harga berada di zon support 1.14000.

 

Paras support: 1.15578, 1.14935, 1.14522.

Paras resistance: 1.16634, 1.17047, 1.17690.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat