Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 31/1/2019

240

Harga telah melonjak sekitar 90 pips kenaikan pada chart pasangan matawang EUR/USD setelah keputusan mesyuarat FOMC semalam telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah di paras 2.50% seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran. Penganalisis berpendapat kenaikan nilai dagangan EURO adalah terkesan daripada kejatuhan nilai matawang dolar USD sebagai matawang berstatus anti-USD. Harga telah melonjak dari paras terendah pada support MagicS1 kemudian bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot sebelum melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia pagi  ini, harga  memulakan dagangan sekitar paras tumpuan sekitar 1.14800 dan dilihat masih menyambung kenaikan walapun momentum pergerakan harga agak perlahan. Harga menuju ke paras resistance 1.1519 (MagicR1) pada penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi mengatasi paras tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya akan menuju ke paras sekitar 1.1559 (MagicR2). Lonjakan lebih tinggi yang diteruskan harga berpotensi mencapai paras ketinggian terbaru sehingga ke paras sekitar 1.1615 (MagicR3).

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1463 hari ini, harga bakal turun menguji paras support terdekat di paras 1.1423 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan meneruskan lagi penurunan menuju pula ke paras tumpuan harga pada chart EUR/USD iaitu pada sekitar 1.1367 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar support pada 1.1327 (MagicS3).

Setelah keputusan FOMC terjawab, tumpuan akan terarah pula kepada laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada malam esok. Terus ketatkan kawalan risiko untuk dagangan anda penghujung minggu ini dalam menghadapi berita-berita berimpak besar dalam pasaran semasa. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mengukur paras-paras yang yang perlu diberi perhatian khususnya pada chart EUR/USD untuk catatan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1423, 1.1367, 1.1327.

Paras resistance: 1.1519, 1.1559, 1.1615.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat