Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 8/2/2019

362

EURO terus didagangkan lemah berbanding dolar USD pada Khamis meneruskan siri penurunan harga pada chart EUR/USD sejak awal minggu ekoran masih terkesan daripada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemerosotan pada unjuran pertumbuhan pada zon Eropah. Data ekonomi di zon Eropah yang dikeluarkan petang semalan secara keseluruhan menunjukkan bacaan yang lemah dengan data yang paling menjadi tumpuan adalah pada pengeluaran industri di Jerman sebagai ekonomi terbesar di zon Eropah yang dijangka meningkat sebaliknya mencatatkan penurunan jauh lebih rendah pada angka bacaan untuk bulan Disember. Sementara dolar USD pula mengukuh selepas rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat bakal ditangguhkan lagi dan kembali menimbulkan keresahan pelabur terhadap isu tersebut. Pergerakan harga pada chart EUR/USD semalam telah membuat penurunan sehingga ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum pantul semula dan menutup dagangan sesi New York sekitar paras support MagicS1.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras Magic Pivot 1.1344 sehingga ke penghujung sesi dagangan. Jika harga terus menyambung penurunan untuk melengkapkan siri penurunan sepanjang minggu ini, harga bakal turun ke paras support terdekat iaitu pada 1.1319 (MagicS1) dan mengatasi paras terendah dagangan semalam. Kemudiannya, penurunan harga seterusnya bakal menguji paras support pada dagangan penghujung Januari lalu di sekitar paras 1.1299 (MagicS2). Jika harga berjaya breakout zon support tersebut, paras support lebih rendah yang berada di 1.1274 (MagicS3) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun, jika dagangan pada EUR/USD hari ini menunjukkan kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras resistance 1.1364 (MagicR1) terlebih dahulu. Kemudiannya, zon tumpuan harga yang berada di sekitar paras 1.1389 (MagicR2) bakal dituju harga pula pada kenaikan yang seterusnya dan sekiranya harga masih mengekalkan momentum kenaikan, harga boleh mencapai paras ketinggian dagangan hari ini hingga ke paras sekitar 1.1409 (MagicR3).

Terus pantau perkembangan ekonomi pada zon Eropah yang masih memberi tekanan terhadap matawang EURO buat masa ini. Lihat paras tumpuan pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1319, 1.1299, 1.1274.

Paras resistance: 1.1364, 1.1389, 1.1409.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat