Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 25/10/2018

558

Anda adalah beruntung jika memilih GBP/JPY sebagai pasangan matawang pilihan untuk dagangan semalam. Dengan matawang Sterling yang masih dibayangi isu rundingan Brexit, Yen yang mengukuh pula dengan sentimen pasaran yang berisiko adalah satu kombinasi dagangan yang terbaik. Dilihat pada chart GBP/JPY, harga telah membuat terjunan dan breakout paras support sebelum ini dan mencari paras terendah yang baru. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah turun melepasi paras Magic Pivot sehingga hampir ke paras support MagicS3 sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat didagangkan perlahan namun harga berjaya membuat kenaikan semula menuju ke paras Magic Pivot 145.069 pada awal sesi pasaran Eropah. Jika sentimen pasaran kekal tidak berubah, harga bakal menyambung semula penurunan yang dibuat semalam menuju ke paras support terdekat iaitu pada 143.851 (MagicS1). Kemudiannya, harga dijangka akan terus mencari paras lower low yang baru dan dilihat akan menuju ke paras support pada 143.182 (MagicS2). Sekiranya, harga terus mengalami kejatuhan sehingga breakout pula paras support 142.700, harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 141.964 (MagicS3).

Sebaliknya, jika Sterling berjaya mengukuh semula berbanding Yen, harga bakal melonjak semula menuju ke paras resistance 145.738 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum kenaikan harga seterusnya akan ke paras 146.956 (MagicR2). Seterusnya, harga dilihat akan cuba untuk menguji paras resistance 147.625 (MagicR3) untuk mengatasi paras ketinggian harga pada Isnin lalu.

Terus pantau rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang masing-masing memberikan impak kepada matawang Sterling dan Yen. Teliti juga paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk disesuaikan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 143.851, 143.182, 141.964.

Paras resistance: 145.738, 146.956, 147.625.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat