Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 9/1/2019

195

Matawang Sterling mula menunjukkan kelemahan pada nilai dagangannya menjelang perdebatan Parlimen berkenaan pelan perjanjian Brexit Theresa May pada penghujung minggu ini sebelum undian terakhir akan berlangsung pada minggu berikutnya. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang untuk sesi dagangan Selasa menunjukkan harga kembali ditekan rendah semula dari paras Magic Pivot selepas hampir menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelumnya. Penurunan harga itu telah melepasi paras lebih rendah dari support MagicS1 semalam dan mencecah paras terendah dagangan harian sekitar 1.27100.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan dari paras terendah dagangan semalam menuju ke paras Magic Pivot 1.2738 dan menguji paras tersebut sehingga penghujung sesi Asia. Jika harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dari paras Magic Pivot tersebut, harga bakal menguji paras resistance terdekat iaitu pada 1.2770 (MagicR1) sebelum harga melonjak sehingga ke paras sekitar 1.2830 (MagicR3) sekaligus mengatasi paras ketinggian semasa pada chart GBP/USD sebelum ini. Seterusnya, kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menyentuh paras resistance yang berada pada 1.2862 (MagicR3).

Namun, jika harga gagal membuat kenaikan dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini semula, harga berkemungkinan akan turun menguji zon RBS (resistance become support) pada support 1.2679 (MagicS1). Kemudian, harga bakal menuju pula ke paras support lebih rendah sekitar 1.2647 (MagicS2) sebelum USD yang terus mengukuh berkemungkinan menekan harga lebih rendah sehingga ke paras support pada 1.2587 (MagicS3).

Ikuti perkembangan penting Brexit yang akan memberi impak terhadap matawang Sterling dan jangan lupa untuk beri tumpuan pada mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti. Rujuk paras harga pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras terbaik untuk meletakkan posisi dagangan anda pada chart GBP/USD.

 

Paras support: 1.2679, 1.2647, 1.2587.

Paras resistance:  1.2770, 1.2830, 1.2862.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat