Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 30/1/2019

156

Ketidakstabilan pasaran minyak mentah global membimbangkan para pelabur terhadap dagangan matawang komoditi dolar CAD. Julat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD semalam sekitar 40 pips di mana harga beberapa kali menguji paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam namun gagal membuat penurunan ke paras lebih rendah. Sebaliknya harga pantul membuat kenaikan semula mencatat paras tertinggi dagangan harian sekitar resistance 1.32830.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga menunjukkan penurunan pada awal sesi dagangan dan telah pun turun melepasi paras Magic Pivot 1.3265 hari ini. Harga kemudiannya dilihat menuju ke paras support 1.3245 (MagicS1) menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras support tersebut, jangkaan harga akan menuju pula ke paras lebih rendah sekitar 1.3221 (MagicS2). Seterusnya harga bakal menguji paras terendah dagangan ketika terjunan harga pada peghujung minggu lalu sekitar 1.3201 (MagicS3) untuk harga cuba mencatatkan paras terendah semasa yang baru.

Namun, jika pergerakan harga kembali berpatah arah bergerak ke paras lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan menuju ke paras 1.3288 (MagicR1) sebagai destinasi awal kenaikan. Seterusnya, kenaikan diteruskan lagi mencari paras resistance 1.3308 (MagicR2) untuk harga menguji pula zon SBR (support become resistance) tersebut. Di paras lebih tinggi iaitu sekitar 1.3331 (MagicR3) turut dilihat sebagai zon minor SBR yang bakal menjadi tumpuan harga pada kenaikan yang seterusnya.

Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah dan tidak lupa juga untuk memberi tumpuan terhadap data GDP (KDNK) di Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini. Perhatikan paras-paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk chart USD/CAD anda dan lihat sendiri reaksi harga pada paras-paras tumpuan tersebut. Gunakan sebaiknya untuk membantu anda mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 1.3245, 1.3221, 1.3201.

Paras resistance: 1.3288, 1.3308, 1.3331.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat