Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 30/1/2019

160

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY untuk sesi dagangan semalam, harga pada mulanya sedikit menurun ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line yang berada di zon RBS (resistance become support) kemudiannya telah membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot dan mencapai paras ketinggian dagangan harian pada resistance MagicR1. Seterusnya harga dilihat bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot sehingga sesi dagangan New York ditutup. Setelah indeks keyakinan pengguna yang lemah serta faktor-faktor global seperti isu perang dagang dan juga penutupan kerajaan Amerika Syarikat, USD terus dibebankan lagi dengan kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.

Pada sesi pasaran Asia pagi Rabu, harga pada chart USD/JPY didagangkan di sekitar paras Magic Pivot 109.346 dan berlegar turun naik berhampiran paras tersebut sehingga ke penghujung sesi dagangan. Jika USD berjaya mengukuh sebelum mesyuarat FOMC pagi nanti, harga berkemungkinan akan membuat penurunan menguji paras support 109.148 (MagicS1) yang berada pada zon RBS. Seterusnya, harga akan meneruskan lagi penurunan menuju pula ke paras sekitar 108.923 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan lebih rendah akan mencecah paras support 108.725 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga dilihat bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji semula paras ketinggian dagangan semalam di paras resistance 109.571 (MagicR1). Kenaikan harga yang diteruskan kemudiannya akan melihatkan harga menuju ke paras sekitar 109.769 (MagicR2) sebelum harga menguji paras ketinggian semasa pada USD/JPY sekitar resistance 109.994 (MagicR3) yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini.

Terus pantau sentimen semasa dalam pasaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di mana sentiasa memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Lihat paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan analisis yang lebih jelas.

 

Paras support: 109.148, 108.923, 108.725.

Paras resistance: 109.571, 109.769, 109.994.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat