Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 31/1/2019

190

Matawang komoditi dolar CAD turut mengambil kesempatan untuk mengukuhkan nilai dagangannya dikala pasaran tertumpu terhadap keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi yang menyaksikan kejatuhan nilai USD selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah seperti yang dijangkakan. Harga pada chart pasangan matawang USD/CAD menunjukkan pergerakan drastik merekodkan sekitar 160 pips penurunan harga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line sehingga mencecah paras terendah sekitar 1.31200 pada penghujung sesi dagangan New York.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga didagangkan perlahan sekitar paras terendah dagangan semalam sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga meneruskan momentum terjunan semalam, harga bakal turun menuju ke paras support yang berada di 1.3082 (MagicS1). Penurunan seterusnya akan melihatkan harga bergerak ke paras lebih rendah menuju pula ke paras tumpuan sekitar 1.3017 (MagicS2) yang turut merupakan zon support pada dagangan Disember tahun lalu. Dan harga berkemungkinan akan terus mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart USD/CAD jika harga harga kekalkan momentum penurunan sejak semalam.

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh berbanding dagangan Loonie pada hari ini, jangkaan harga bakal melonjak semula mengatasi paras Magic Pivot 1.3182 hari ini sebelum harga naik menguji paras resistance pada 1.3246 (MagicR1) dan berpotensi membentuk paras SBR (support become resistance) yang baru. Lonjakan seterusnya harga akan melihatkan harga naik lebih tinggi ke arah zon resistance semasa pada USD/CAD sekitar paras 1.3346 (MagicR2). Harga yang berjaya menembusi kenaikan mengatasi zon tersebut dijangka mampu mencapai paras ketinggian baru sehingga ke paras sekitar 1.3410 (MagicR3).

Pantau perkembangan pasaran minyak mentah yang terus mempengaruhi nilai dagangan Loonie dalam pasaran semasa. Lihat paras tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan berpandukan paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3082, 1.3017, 1.2918.

Paras resistance: 1.1.3246, 1.3346, 1.3410.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat