Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 17/12/2018

254

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY sentiasa digerakkan oleh faktor perubahan sentimen dalam pasaran semasa. Jika diperhatikan pada dagangan Jumaat lalu, harga membuat kenaikan dan menguji paras ketinggian pada hari sebelumnya namun gagal menembusi paras tersebut sebelum membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Jika sentimen pasaran pada minggu ini kekal berisiko, kedua-dua matawawang USD dan Yen bakal mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat kenaikan dan telah melepasi paras Magic Pivot 113.422 hari ini dan berlegar di sekitar paras tersebut sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, jangkaan paras resistance 113.628 (MagicR1) akan berjaya ditembusi harga. Kemudian, kenaikan harga seterusnya pula dijangka akan menuju ke paras resistance sekitar 113.893 (MagicR2). Harga yang mengekalkan momentum kenaikan boleh mencapai paras ketinggian yang baru sehingga ke paras sekitar 114.099 (MagicR3).

Namun jika harga kembali bergerak menurun ke paras lebih rendah semula dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan paras awal penurunan yang dituju harga adalah pada support terdekat iaitu pada 113.157 (MagicS1). Kemudian, harga meneruskan lagi penurunan menuju pula ke paras support sekitar 112.951 (MagicS2) sebelum penurunan harga lebih rendah bakal menguji paras tumpuan harga pada chart USD/JPY sekitar 112.686 (MagicS3).

Pantau sentimen pasaran sepanjang minggu ini jika anda terus memilih posisi dagangan pada pada chart USD/JPY. Namun, beri tumpuan juga terhadap data-data ekonomi di kedua-dua negara Amerika dan Jepun yang turut memberi kesan kepada perubahan nilai matawang dalam pasaran semasa. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam dagangan harian anda dan lihat keberkesanan paras-paras yang menjadi tumpuan harga setiap hari.

 

Paras support: 113.157, 112.951, 112.686.

Paras resistance: 113.628, 113.893, 114.099.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat