Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 8/11/2018

267

Matawang Yen terus didagangkan lemah dengan keadaan pasaran yang semakin stabil di mana pelabur beralih dari matawang safe-haven ke arah pelaburan aset yang berpulangan tinggi. Oleh itu, dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY terus membuat kenaikan dengan kejatuhan nilai Yen walaupun matawang USD turut didagangkan berisiko dengan ketidaktentuan politik selepas keputusan pilihanraya di Amerika Syarikat diumumkan semalam. Harga dilihat membuat kenaikan ke paras resistance MagicR2 ketika keputusan semasa pilihanraya memberi kelebihan sementara kepada USD sebelum harga kembali turun semula sehingga ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Pasaran New York semalam melihatkan harga mula bergerak mendatar pada paras Magic Pivot semalam dan menutup harga di sekitarnya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 113.422 hari ini dilihat meneruskan kenaikan dengan kadar yang sederhana menuju ke paras resistance 113.895 (MagicR1) dan menguji paras ketinggian harga dicapai semalam. Jika harga terus membuat kenaikan melepasi paras ketinggian semalam, harga dilihat akan menuju ke paras resistance pada 114.299 (MagicR2) sebelum kenaikan harga seterusnya bakal menguji paras ketinggian harga pada Oktober lalu sekitar paras 114.500. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras resistance pada 114.772 (MagicR3).

Namun, jika sentimen semasa kembali menyokong pengukuhan Yen, harga dijangka akan membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 113.422 dan menguji paras terendah harga semalam sekitar paras 113.018 (MagicS1). Seterusnya, harga yang meneruskan penurunan bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada chart USD/JPY dan juga terdapat paras support 112.545 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line. Seterusnya, jika USD terus didagangkan lemah dan Yen berjaya menekan harga ke paras lebih rendah, paras support pada 112.414 (MagicS3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Terus ikuti perkembangan ekonomi global yang mempengaruhi sentimen semasa dalam pasaran dan antara yang paling terkesan adalah matawang safe-haven seperti USD dan Yen ini. Kawal risiko dagangan anda pada chart USD/JPY dengan melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga untuk membantu mencari peluang posisi terbaik bagi setiap dagangan anda.

 

Paras support: 113.018, 112.545, 112.141.

Paras resistance: 113.895, 114.299, 114.772.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat