Apa Itu Sentimen Risk-On Dan Risk-Off?

2,431

Dah banyak kali baca news di INTRADAY tetapi masih tak dapat bezakan apa itu sentimen risk-on dan risk-off dalam pasaran. Apa yang penting sangat kena tahu pasal ni?

Mari sini kami jelaskan! 

Sentimen pasaran adalah keseluruhan perasaan atau sikap pelabur terhadap pasaran atau sesuatu sekuriti, yang diterjemahkan ke dalam pergerakan pasaran sama ada saham, forex atau bon.

Terdapat beberapa faktor yang menentukan sentimen pasaran:

  • Keadaan semasa ekonomi sesebuah negara
  • Peristiwa geopolitik
  • Berita tentang syarikat atau sektor individu

Risk-on dan risk-off pula merujuk kepada perubahan di dalam aktiviti pelaburan disebabkan keadaan semasa dalam ekonomi global.

Risk-on 

Risk-on bermaksud pasaran berada dalam mood positif yang bermakna pelabur berani untuk mengambil risiko.

Situasi ini dapat dilihat dalam pasaran saham yang ‘menghijau’, semua naik! 

Sebagai contoh, katakanlah sejak akhir-akhir ini banyak berita positif tentang ekonomi di Amerika Syarikat. Pasaran kerja kukuh, keuntungan korporat meningkat dan kadar faedah rendah.

Akibatnya, pelabur akan rasa optimis tentang masa depan dan bersedia untuk ambil lebih banyak risiko dengan melabur dalam saham. 

Dari segi pasaran mata wang pula, trader mungkin akan memilih untuk ‘buy’ mata wang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand.

Risk-off

Risk-off pula bertentangan dengan risk-on, dan ini bermakna pasaran dalam mood negatif menyebabkan pelabur beralih ke tempat lebih selamat.

Sebagai contoh, terdapat beberapa isu negatif kebelakangan ini tentang ekonomi di Amerika Syarikat. Pengangguran tinggi, keuntungan korporat turun, dan inflasi melambung tinggi.

Akibatnya, pelabur akan rasa pesimis tentang masa depan dan mengelak dari ambil risiko, menyebabkan mereka lebih cenderung untuk melabur dalam aset selamat (safe-haven) seperti bon atau emas. 

Dari segi pasaran mata wang pula, trader mungkin akan memilih untuk ‘buy’ mata wang yen dan swiss franc.

Dalam situasi tertentu, dolar Amerika (US dollar) juga boleh jadi sebagai mata wang safe-haven. Kenapa? Haa. Ini kami akan cerita di artikel lain. 

Setelah meneliti dan menghadam penjelasan di atas, apa yang anda dapat?

Dengan mengetahui perkara ini, pelabur akan dapat memahami dengan lebih baik mengapa pasaran bertindak sedemikian.

Bukan itu sahaja, ia juga akan dapat membantu anda untuk menguruskan risiko dan emosi dengan lebih baik dalam melakukan sesuatu pelaburan.

Syok kan belajar pasal pasaran? Haa. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, kenalah join komuniti kami! Jom join sini~

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat