Analisis GOLD – Masih Bertahan, Emas Meniti Di Atas Paras $1,830!

512

US dolar mula paparkan pengukuhan semula pada dagangan Selasa semalam setelah pergerakan perlahan di awal minggu.

Namun, apa yang melegakan pelabur emas apabila walaupun US dolar mula memberi tekanan semula kepada mata wang utama yang lain, tapi emas masih berjaya bertahan daripada alami penyusutan.

Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Pelabur mula resah apabila harga yang sudah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menjadi indikasi awal untuk kejatuhan harga lebih rendah.

Namun, harga emas bertahan dan pamerkan pergerakan mendatar di atas paras 1830.00 sehingga sepanjang sesi New York semalam.

Malah, pergerakan mendatar tersebut bersambung pada dagnagan hari ini (Rabu) dari sesi Asia hingga ke awal sesi Eropah.

Pelabur mengharapkan kenaikan boleh berlaku semula untuk harga kembali menuju ke paras 1870.00.

Zon tersebut sebelum ini menjadi rintangan buat harga dan sekiranya harga berjaya tembus lebih tinggi, sasaran seterusnya adalah untuk mencapai 1900.00 pula.

Sebaliknya jika US dolar tambah mengukuh dan akhirnya menekan emas jatuh lebih rendah, penurunan akan dijangkakan melepasi paras 1830.00 yang menjadi sokongan semasa buat harga.

Penurunan lanjut dilihat boleh mencecah sehingga sekitar 1800.00 yang merupakan antara zon tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat