Apakah Konspirasi Di Sebalik Serangan Dua Kapal Tangki Minyak Di Teluk Oman?

959

Gempar semalam dengan berita kebakaran dua buah kapal tangki minyak di Teluk Oman dipercayai akibat diserang dalam dua insiden yang berasingan dan menyebabkan harga minyak melonjak naik.

Kapal tangki MT Front Altair yang didaftarkan di Norway disyaki terkena bedilan torpedo menyebabkan beberapa letupan berlaku sebelum terbakar. Sejam selepas itu, kapal Kokuka Courageous milik syarikat Jepun pula terbakar dengan kedua-dua kapal tersebut berada kira-kira 22 kilometer dari perairan Iran.

Seramai 44 orang kru kapal daripada kedua-dua tersebut kapal tersebut berjaya diselamatkan oleh tentera laut Iran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Amerika Syarikat menyalahkan Iran terhadap insiden serangan ke atas dua kapal tangki minyak tersebut dan meningkatkan lagi ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran. Namun Tehran tegas menafikan tuduhan tersebut.

Amerika Syarikat menuduh insiden kali ini adalah siri serangan yang berlaku pada 12 Mei lalu di mana Iran atau proksinya dituduh melakukan serangan ke atas empat kapal tangki di perairan Emeriah Arab Bersatu (UAE) serta serangan 14 drone ke atas dua stesen pam minyak Arab Saudi.

Tehran turut menafikan keterlibatan mereka dalam serangan 12 Mei tersebut.

Jurucakap Pusat Kawalan Amerika Syarikat, Bill Urban mendedahkan video tentang kenyataan oleh tentera Amerika Syarikat berkenaan sebuah kapal peronda Iran yang mendekati kapal tangki Kokuka Courageous dan diperhatikan serta direkod memindahkan bahan letupan untuk menghapuskan bukti keterlibatan dalam kejadian tersebut.

Menteri Perindustrian Jepun, Hiroshige Seko berkata insiden serangan terbabit tidak akan menjejaskan bekalan tenaga buat Jepun, namum begitu beliau masih mengeluarkan amaran berwaspada kepada syarikat-syarikat tenaga di Jepun.

Harga minyak mentah dilaporkan melonjak 4% selepas kejadian tersebut namun kembali perlahan di sekitar ketinggian 2% dengan minyak mentah Brent sedikit menurun kepada 0.4% pada awal sesi pasaran Asia hari ini.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran mula meningkat sejak Presiden Donald Trump menarik semula perjanjian pada tahun lalu antara Iran dan kuasa global bertujuan untuk menghalang kuasa nuklear Tehran sebagai pertukaran kepada pengecualian sekatan.

Iran berulang kembali memberi amaran bahawa mereka akan menyekat Strait of Hormuz iaitu laluan perairan strategik yang terletak di antara Teluk Oman dan Teluk Parsi, jika mereka tidak dapat menjual minyak mereka disebabkan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Ketegangan terus meningkat ekoran Trump bertindak pada awal Mei dengan mengugut negara pengguna minyak Iran untuk mengurangkan import minyak sehingga ke paras sifar atau berdepan sekatan kewangan oleh Amerika Syarikat.

Situasi tersebut telah menyebabkan eksport minyak Iran menjunam sekitar 400,00 tong sehari pada Mei daripada 2.5 juta tong sehari pada April tahun lalu.

Menteri Luar Iran, Mohamad Javad Zarif meyifatkan letupan kapal tangki tersebut adalah mencurigakan. Dalam kenyataan terbaru pada media sosial Twitter beliau turut mengatakan bahawa tuduhan Amerika Syarikat terhadap Iran adalah sebahagian daripada sabotaj diplomasi.

Iran tidak mahu memulakan sebarang peperangan, namun akan memberi reaksi terhadap sebarang tindakan yang menggugat mereka. Amerika juga dikatakan tidak mahukan konflik terbaru di Timur Tengah. Mereka mahu mempertahankan kepentingan mereka, dan pergaduhan dengan Iran bukanlah sesuatu kepentingan yang strategik.

Persoalan berkenaan insiden serangan kapal tangki yang berlaku masih menjadi misteri dengan masing-masing menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. Adakah terdapat sebarang perancangan konspirasi di atas siri serangan yang berlaku?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat