AUD/USD Berpotensi Lonjak Lagi? Ini Faktor Yang Akan Menyokongnya

262

Penganalisis melihat kecenderungan kenaikan lebih tinggi harga akan berlaku pada carta pasangan mata wang AUD/USD berdasarkan faktor berikut.

Momentum lonjakan harga kukuh pada dagangan sesi New York semalam susulan reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Bacaan inflasi tahunan AS untuk bulan Oktober menurun kepada 3.2% daripada catatan 3.7% sebelum ini pada September.

Ini menguatkan lagi jangkaan untuk kenaikan kadar faedah tidak akan berlaku pada mesyuarat FOMC Disember nanti, dan berkemungkinan Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan dasar monetari mereka.

Di sesi Asia pagi ini pula (Rabu), data indeks harga upah Australia menepati jangkaan untuk meningkat kepada 1.3% daripada 0.9% sebelumnya.

Tambahan pula, data ekonomi China yang diterbitkan memberi isyarat yang positif terhadap kesihatan semasa dan turut dilihat memberi impak positif terhadap Australia.

Justeru, dolar Aussie dilihat berada pada situasi yang baik untuk terus mencatatkan peningkatan nilainya.

Meneliti carta AUD/USD, setelah harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di sekitar paras 0.63700, harga kemudiannya melonjak sekitar 140 pips hingga mencapai ke zon 0.65000.

Ini juga telah mengubah corak pergerakan bearish harga minggu lalu dan menunjukkan isyarat perubahan trend semula.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan untuk menuju paras 0.65400 sebelum menyambung pendakian ke sasaran 0.66000.

Namun jika situasi berubah, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan harga semula yang bakal mengurangkan kembali keuntungan yang diraih sebelum ini.

Penurunan harga dilihat akan ke sekitar zon 0.64400 terlebih dahulu sebelum kembali mencecah semula sekitar 0.63700 iaitu paras tumpuan sebelum lonjakan berlaku semalam.

Beberapa lagi data ekonomi AS akan diterbitkan pada sesi New York malam ini yang boleh memacu pergerakan harga, pelabur perlu lebih berwaspada.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat