AUD/USD Mendatar Sepanjang Minggu, Bakal Ada Kejutan?

278

Pergerakan US dolar dalam pasaran dari awal minggu kekal perlahan, selepas pelabur menyaksikan penyusutan US dolar pada minggu lalu susulan reaksi terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Tumpuan pada data inflasi AS minggu ini pula dilihat membuatkan pelabur berhati-hati untuk meletakkan posisi dagangan sebelum bacaan data sebenar diterbitkan.

Namun begitu, mata wang utama lain dalam pasaran dilihat gagal untuk memanfaatkan situasi ini sepenuhnya untuk terus melonjak berbanding US dolar.

Seperti mata wang dolar Australia pada carta pasangan AUD/USD, harga telah bergerak mendatar sepanjang minggu ini dalam julat sekitar 40 pips di antara 0.77600 hingga 0.77200.

Diperhatikan pergerakan harga juga mula berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam. Namun, masih belum memberi isyarat untuk penurunan harga lebih jelas.

Malah jangkaan untuk data inflasi AS yang menurun dan akan mendorong penyusutan US dolar, boleh memberi sokongan untuk kenaikan harga semula pada carta AUD/USD.

Jika kenaikan harga berjaya dilakukan, zon rintangan pada 0.78300 akan menjadi sasaran terhampir untuk diuji harga terlebih dahulu.

Harga masih belum berjaya melepasi zon tersebut untuk tempoh dagangan 4 minggu sehingga ke minggu ini.

Untuk situasi penurunan harga pula, paras sokongan dilihat pada paras 0.76500 yang dicecah harga pada minggu lalu sebelum harga melonjak semula dari paras tersebut ketika laporan NFP AS diterbitkan.

Penurunan lebih rendah menembusi paras sokongan tersebut akan mendorong harga untuk menuju zon support utama pada 0.75700-0.75300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat