AUD/USD Meneruskan Penurunan Ke Paras Terendah Terbaru Sejak Januari

226

Pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD pada sesi Asia hari ini mencatatkan paras terendah yang terbaru sejak awal dagangan Januari lalu.

Ini adalah didorong oleh faktor kelemahan pada dagangan Aussie di mana selain terkesan oleh risiko perang dagang Amerika Syarikat dan China, data ekonomi Australia turut mencatatkan bacaan yang kurang baik.

Sentimen pengguna tinjauan Westpac mencatatkan angka yang menurun dan data indeks harga gaji untuk suku tahunan juga tidak mencapai jangkaan kenaikan oleh pasaran.

Turut mempengaruhi dagangan Aussie pada sesi Asia pagi ini adalah data ekonomi di China. Secara keseluruhan, bacaan data adalah lemah dan menambahkan lagi tekanan buat Aussie.

Data pengeluaran perindustrian China menurun kepada 5.4% berbanding jangkaan penurunan 6.5%, lebih jauh dari angka yang dicatatkan sebelum ini iaitu pada 8.5%.

Sementara data jualan runcit China pula turut merosot kepada 7.2% daripada bacaan 8.7% sebelum ini.

Jika dilihat pada dagangan AUD/USD, harga yang memulakan dagangan di bawah paras Magic Pivot 0.6945 hari ini telah breakout zon support pada 0.69400 yang diuji sebelum ini sehingga melepasi paras support 0.6931 (MagicS1) dan hampir menyentuh paras support 0.6921 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun momentum penurunan masih dilihat belum cukup kuat untuk menekan harga lebih rendah dengan harga perlahan di sekitar paras support MagicS1.

Faktor tersebut juga dipengaruhi oleh dagangan USD yang masih lagi berisiko ekoran ketegangan perang dagang yang melanda. Situasi semasa melihatkan USD berdepan kesukaran untuk mengukuh sebaliknya pelabur melihat dagangan USD masih berisiko mengalami penurunan.

Jika harga pada AUD/USD berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah lagi, jangkaan penurunan akan melepasi paras support MagicS2 sebelum menuju ke paras support 0.6907 (MagicS3).

Namun jika harga berjaya membuatkan kenaikan semula, paras 0.69400 yang membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru akan kembali diuji.

Lonjakan lebih tinggi harga dijangka akan menguji zon SBR seterusnya pada resistance 0.6970 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.6931, 0.6921, 0.6907.

Paras resistance: 0.6956, 0.6970, 0.6981.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat