AUD/USD Mulakan Dagangan Awal Minggu Dengan Kenaikan 70 Pips

493

Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan dagangan US dolar menyusut pada sesi pasaran Asia berikutan sedikit pemulihan pada risiko pasaran minggu lalu berikutan kes jangkitan di Beijing semakin menurun.

Namun, pelabur kekal berwaspada di samping laporan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selepas dilaporkan China menyekat import daging dari Amerika yang boleh menjejaskan perjanjian perdagangan yang dicapai sebelum ini.

Pemulihan dari pasaran berisiko minggu lalu juga turut melihatkan dagangan matawang komoditi positif meningkat pada sesi Asia.

Dolar Australia catat kenaikan sekitar 70 pips berbanding US dolar pada carta pasangan matawang AUD/USD selepas pembukaan lebih rendah dipamerkan berbanding penutupan dagangan minggu lalu.

Harga turut membuat kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan trend bullish. Namun, pelabur kekal berwaspada untuk risiko kembali menekan pasaran.

Kenaikan harga akan menuju zon SBR (support become resistance) di paras sekitar 0.69000 dan menguji paras ketinggian harian Jumaat lalu.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan menuju zon resistance tumpuan pada ketinggian 0.70000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras jangkaan tumpuan harga adalah pada 0.68000 sebelum membuat penurunan lebih rendah melepasi paras terendah minggu lalu.

Penurunan harga yang diteruskan berpotensi mencecah sehingga ke zon support sekitar paras 0.66800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat