Aussie Kekal Positif Meneruskan Kenaikan Harga Pada Dagangan AUD/USD

339

Matawang komoditi dolar Australia didagangkan kukuh pada permulaan dagangan minggu ini disokong oleh faktor sentimen pasaran semasa yang semakin pulih.

Timbalan Gabenor bank pusat Australia, Luci Ellis dalam ucapannya menyatakan bahawa pasaran buruh meningkat dengan ketara berdasarkan data-data yang diperolehi. Beliau juga memberikan komen yang positif terhadap sektor pekerjaan di Australia.

Di samping itu juga, pengukuhan Aussie terus disokong oleh faktor ekonomi rakan dagang terbesarnya iaitu China. Kebimbangan pada pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China semakin reda dan begitu juga impak oleh ketegangan perang dagang AS-China yang semakin pudar.

Berbanding USD yang terkesan oleh kejatuhan pada hasil pulangan 10-tahun Amerika Syarikat, Aussie berjaya memanfaatkan peluang untuk melonjakkan harga pada chart AUD/USD.

Walaupun USD didagangkan sedikit pulih, namun pelabur masih berwaspada terhadap potensi ekonomi yang berisiko menuju ke arah kegawatan. Selain itu juga, USD masih dibebani oleh kenyataan dovish oleh Fed yang memberi isyarat negatif terhadap langkah kenaikan kadar faedah yang akan datang.

Jika dilihat dagangan AUD/USD semalam, harga dilihat kekal konsisten melakukan kenaikan harga sejak sesi Asia sehingga ke sesi dagangan New York melepasi paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga terus membuat kenaikan lebih tinggi menuju ke paras resistance 0.7129 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga terus menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi, paras 0.71500 bakal menjadi destinasi tumpuan yang akan diuji harga sebelum harga cuba kembali ke paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar paras 0.71680.

Namun, jika sentimen semasa kembali mendorong harga membuat penurunan semula, jangkaan harga akan turun ke paras Magic Pivot 0.7097 dan menguji zon tumpuan harga tersebut.

Penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga 100 pips pergerakan harga ke paras support 0.7026 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line jika Aussie kembali didagangkan merosot berbanding USD.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.7078, 0.7045, 0.7026.

Paras resistance: 0.7129, 0.7149, 0.7181.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat