AVAX Tumpaskan SHIB, Apa Sedang Berlaku?

859

“Dalam diam-diam rupanya AVAX ni ada semangat berkobar-kobar nak berada kedudukan di atas.”

Tanpa disedari, mata wang kripto Avalanche (AVAX) yang secara perlahan-lahan memecahkan $59 telah mengatasi Shiba Inu (SHIB) bagi memasuki top 10 aset digital dari segi modal pasaran tanpa sebarang rintangan.

Jadi di sini dapat dilihat AVAX yang merupakan salah satu kripto berprestasi terbaik sepanjang Mac 2024 mungkin akan berusaha sedaya upaya menangani Dogecoin (DOGE) pula yang kini berada pada kedudukan top 9.

AVAX kini berada kurang $3 bilion dalam modal pasaran di belakang memecoin bertemakan anjing tersebut, tetapi perubahan statistik yang memihak pada AVAX adalah pencanakan dalam jumlah dagangan.

Selain mengatasi ramalan harga pada hujung minggu yang tidak kelihatan sebarang penurunan, volum dagangan AVAX dalam 24 jam lalu turut berjaya menewaskan prestasi SHIB, DOGE dan banyak altcoin lain .

Oleh demikian, AVAX mungkin melepasi $60 dalam minggu hadapan dan harganya berpotensi melonjak lebih tinggi sehingga $90susulan BTC yang tembus $73,000 telah mendorong seluruh pasaran kripto bullish.

Dalam beberapa hari akan datang, pelabur pasti tertarik untuk melihat sama ada AVAX boleh pecah $60 dan berapa lama ia mungkin berlaku ekoran ia dapat menggambarkan betapa hebatnya aset digital itu boleh terus meletup dalam beberapa minggu lagi.

Setakat penulisan ini, harga AVAX melonjak sebanyak 3.32% pada paras $55.74 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran lebih $21 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 31.51% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat