Awas! Mania Token Meme Telah Mengheret Ramai Pelabur Terpedaya Helah ‘Scammer’

153

Scam coins kembali bermaharaja rela di tengah gelombang mania token meme yang diketuai oleh token PEPE. PeckShield telah mengesan 24 token meme yang berorientasikan scam dalam 10 siri rug pull.

Scammer nampaknya telah mengambil peluang mania token meme untuk mencipta dan mencairkan token palsu mereka dan mengambil berjuta-juta dolar duit para pelabur. Menurut penyelidikan PeckShieldAlert, terdapat peningkatan besar dalam kejadian rug pull meme dalam tempoh 10 hari yang lalu.

PeckShield menyenaraikan 24 token meme palsu, termasuk BENS, PSYOP, FOG, TINDER dan WorldCoin yang kecairannya telah ditarik dalam 10 hari lalu. Semua token ini muncul daripada mania token meme yang berterusan kerana istilah ini menjadi trend di media sosial atas sebab tertentu. Token SEI, yang dicipta awal hari ini, telah pun dibuang kecairannya.

PeckShield melaporkan bahawa penipu token SEI pada mulanya membiayai 5.19 $ETH daripada bursa OKX, menolak harga token untuk memikat pelabur dan kemudian mengalirkan kecairannya.

Pengeluar token palsu memperoleh keuntungan lebih $200,000 daripada rug pull yang terkait acara ulang tahun ke-13 Bitcoin Pizza Day. Kira-kira 14 token meme berkaitan pizza dikeluarkan sehari sebelum Hari Pizza Bitcoin dan kebanyakannya adalah scam berdasarkan dextool. PeckShield seterusnya memberi amaran supaya tidak terpengaruh dengan token terbaru dengan cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat