Bank Pusat Filipina Yakin Stablecoin Boleh Revolusikan Sistem Pembayaran!

168

Mhel Plabasan, eksekutif tertinggi di Bangkok Sentral ng Philipinas bakal memihak kepada stablecoin dalam membantu sistem monetari dan meningkatkan keupayaan transaksi rentas sempadan.

Melalui perbincangan panel di Forkast Crypto Rising: CBDCs & Stablecoins: The Asia Perspective, beliau turut menyatakan bahawa stablecoin mampu memanfaatkan rangkaian pembayaran negara.

Tambahnya lagi, stablecoin membolehkan warga Filipina yang bekerja di luar negara untuk menghantar dana kepada keluarganya dengan cara yang kos efektif.

Hal ini berikutan kerana 12 juta penduduk asal Filipina telah tinggal di luar tanah air dan negara yang paling banyak warga Filipina adalah di Amerika Syarikat iaitu berjumlah lebih empat juta.

Sungguhpun Plabasan menyokong penerimaan stablecoin, pengawal selia juga seharusnya memantau teknologi baharu dengan teliti.

Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa institusi kewangannya akan melancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) dengan bermulakan projek CBDCPh*.

*Menguji penggunaan CBDC untuk urus niaga kewangan bernilai besar

Bercakap berkaitan CBDC, Bank of International Settlements (BIS) dan bank pusat Israel, Norway dan Sweden telah bekerjasama untuk meneroka sama ada instrumen kewangan tersebut boleh menyelesaikan pembayaran runcit dan kiriman wang antarabangsa.

Malah pasukannya akan meneliti jika CBDC dapat membuat transaksi kos rendah serta lebih pantas berbanding kaedah tradisional.

Dalam pada itu, Mithra Sundberg eksekutif tertinggi di bank pusat Sweden mengungkapkan bahawa negaranya menyertai projek tersebut agar dapat menggandakan usaha e-krona dan memperkembangkan mata wang digitalnya menjelang akhir 2026.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat