Kesultanan Sulu ‘Mengganas’ Lagi, Aset Petronas Bakal Dirampas!

1,094

‘Seinci kau melangkah, jangan harap kau dapat berjumpa keturunan kau lagi – Din Kilau.’

Aset Malaysia yang berada di Belanda berdepan kemungkinan ‘dicuri’ selepas peguam kepada waris Kesultanan Sulu membuat permohonan penguatkuasaan anugerah timbang tara bernilai $15 bilion terhadap negara.

Ia dipercayai adalah susulan kes Julai lalu, ketika 2 aset Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucausus bernilai $2 bilion dirampas.

Pada kes kali ini aset Petronas di Belanda pula menjadi sasaran di mana syarikat mempunyai pelbagai jenis perniagaan di sana termasuk minyak sawit mentah (CPO) dan gas asli cecair (LNG).

Difahamkan peguam waris Kesultanan Sulu telah memfailkan petisyen terhadap Mahkamah Rayuan Hague untuk ‘mengambil aset Malaysia di Belanda’ dengan menguatkuasakan anugerah timbang tara mereka.

Tambah peguam Paul Cohen itu lagi, selepas petisyen tersebut bakal ada tindakan penguatkuasaan lain daripada pelbagai jenis termasuk bidang kuasa yang akan menyaksikan sejumlah aset Malaysia di Belanda dan tempat lain dirampas.

Setakat ini pihak Putrajaya mahupun Petronas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai petisyen yang difailkan tersebut.

Dalam pada itu, waris Kesultanan Sulu dilihat semakin rancak mengambil hak negara lebih-lebih lagi selepas Putrajaya bertindak menghentikan pembayaran ekoran pencerobohan berdarah oleh bekas penyokong keturunan itu.

Rentetan itu, waris tersebut telah menguatkuasakan timbang tara dari mahkamah atas penggantungan pembayaran sementara Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak mengiktiraf tindakan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat