USD Rebah, Pound Muncul Juara!

346

US dolar terus berada di bawah tekanan jualan apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah, dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada penerbitan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat pada sesi New York.

Ini dapat dilihat pada pergerakan indeks dolar yang melanjutkan penurunan lebih rendah pada 111.68 berbanding mata wang utama, jauh meninggalkan puncak tertinggi 114.76 yang dicapainya sebelum ini.

Mata wang Eropah pula masih mengekalkan keuntungan menyaksikan kedua-dua euro dan pound didagangkan pada paras ketinggian satu minggu.

Impak daripada campur tangan Bank of England (BOE) pada hari Rabu terus memberi sokongan buat mata wang pound untuk bangkit dari paras terendah sepanjang masa.

Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) mengumumkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK berkembang 4.4% pada suku kedua tahun ke tahun, melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 2.9%.

Sementara itu, euro pula mendapat dorongan daripada pakej rangsangan yang dilancarkan Jerman untuk meredakan kehangatan inflasi, di samping turut memanfaatkan kemerosotan US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi didagangkan mendatar sedikit lebih tinggi dari paras terendah dua setengah tahun yang disentuhnya pada Rabu.

Data PCE AS yang menjadi pilihan Federal Reserve (Fed) untuk ukuran inflasi akan diteliti oleh pelabur bagi menentukan hala tuju bank pusat itu seterusnya dalam penetapan dasar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat