Bank Pusat Korea Mahu Gunakan Matawang Crypto Bagi Projek 2020?

336

Bank of Korea (BOK) telah mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan Blockchain dan aplikasi matawang crypto bagi projek masyarakat tanpa wang tunai (cashless society).

Berdasarkan laporan daripada TokenPost, telah mengumumkan pelancaran rasmi masyarakat tanpa matawang kertas dari sudut pembayaran pada 2017. Bank memberitahu bahawa mereka sedang menerokai penggunaan matawang crypto dan Blockchain seperti pengaplikasi blockchain dan password dalam pembayaran.Mereka juga telah menyediakan sebuah pusat kajian matawang crypto dan menganalisis impak yang bakal berlaku jika menggunakan matawang crypto dalam sistem kewangan.

Motif utama projek ini ialah untuk kemudahan pengguna dan mengurangkan kos pengeluaran matawang fizikal. Berdasarkan laporan tahun 2016, negara tersebut telah menggunakan 47 juta dolar dalam mengeluarkan matawang fizikal.

Kerajaan mempunyai niat untuk menggunakan matawang crypto bagi membuka ekonomi baru yang sebelum ini didorong oleh wang tunai. Menurut penganalisis, matawang crypto boleh melancarkan pengenaan cukai.

Laporan Korean Times pula melaporkan bahawa Bank of Korea sudah mula merancang sejak 2016 dan menjangkakan negara ini akan bebas wang tunai pada tahun 2020. Negara tersebut telah melancarkan uji cuba masyarakat tanpa koin pada bulan April 2017 dimana pengguna menggunakan plaform prepaid seperti kad telefon untuk digunakan di kedai dan lain-lain lagi.

Pada bulan Januari tahun ini, terdapat kekeliruan dalm pengharaman matawang crypto. Terdapat petisyen dalam negara yang menggesa kerajaan sehingga Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan bahawa perdagangan crypto tidak diharamkan.

Dalam masa yang sama terdapa gesaan juga untuk Korea Selatan untuk menggunakan matawang crypto yang diketuai oleh platform pertukaran matawang crypto Bithub. Bithub sedang berusaha keras untuk mentransformasikan bisnes mereka kepada bisnes yang bercorak perbankan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat